Balu M Ayadurai rayu bantuan Shahrizat
Published: Jan 4, 2006 12:12 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Terjemahan Balu M Ayadurai, yang didakwa dibelasah hingga mati di Penjara Sungai Buloh, merayu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya membantu keluarganya yang kini hidup dalam kesusahan.
Surirumah M Mageswary mahu pihak kerajaan menyediakan bantuan kewangan selepas suaminya yang menyara kehidupan mereka sekeluarga, didakwa mati dibelasah di Penjara Sungai Buloh.
Terjemahan Balu M Ayadurai, yang didakwa dibelasah hingga mati di Penjara Sungai Buloh, merayu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya membantu keluarganya yang kini hidup dalam kesusahan.
Surirumah M Mageswary, 33, telah menghantar surat melalui peguamnya kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (foto) memohon jasabaik menteri berkenaan, membantunya mendapatkan pekerjaan.
"Keluarga pelanggan kami kini hidup dalam kesusahan dan kesedihan yang amat sangat, berikutan kematian suami yang menyara kehidupan mereka selama ini," kata peguamnya dalam surat tersebut yang bertarikh 9 Disember 2005.
Malaysiakini memperolehi salinan surat tersebut dari firma guaman berkenaan.
Mageswari turut memohon bantuan kewangan untuk membolehkannya berpindah dari Jenjarom, Selangor, serta elaun bulanan RM900 untuk menampung keperluannya dan lima anaknya, berumur satu hingga 12 tahun. Pada masa ini, keluarganya berkongsi tinggal dalam sebuah rumah dengan beberapa penyewa lain.
Siasatan terbuka
Ayadurai ditahan reman mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbaya selepas polis dikatakan menemui dadah dalam bilik bersebelahan bilik yang didiami keluarganya.
Mageswari menerima panggilan pada 28 November lalu, yang memaklumkannya kepadanya bahawa suaminya mati akibat kecederaan pada bahagian kepala dan badannya selepas dibelasah oleh tahanan sebilik dengannya.
Laporan polis telah dibuat di balai polis Sungai Joram dan balai polis Brickfields di Kuala Lumpur.
Walaupun 13 tahanan telah disoalsiasat, para peguamnya mendakwa, Mageswari atau ahli keluarganya tidak dimaklumkan sebarang maklumat mengenainya.
Bulan lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bersetuju mengadakan siasatan terbuka berhubung kes kematian dalam tahanan jika ia tidak dilakukan oleh pihak berkuasa. Berita asal
Surirumah M Mageswary, 33, telah menghantar surat melalui peguamnya kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (foto) memohon jasabaik menteri berkenaan, membantunya mendapatkan pekerjaan. "Keluarga pelanggan kami kini hidup dalam kesusahan dan kesedihan yang amat sangat, berikutan kematian suami yang menyara kehidupan mereka selama ini," kata peguamnya dalam surat tersebut yang bertarikh 9 Disember 2005.

View Comments0