Terjemahan Setahun sudah berlalu, sudah menjadi tradisi, kini tiba masanya untuk memilih Tokoh Malaysiakini 2005. Tahun ini penuh peristiwa menarik dan kejutan. Untuk memilih juara di kalangan juara adalah suatu yang amat sukar.

Setelah membuat pernilaian teliti, panel hakim yang terdiri daripada anggota editorial Malaysiakini mengisytiharkan isu permit import (AP) kereta sebagai topik yang paling mendapat perhatian.

Bagaimanapun isu ini hampir-hampir ditenggelamakan oleh "drama" wanita bogel dan ketuk ketampi di lokap polis.

Isu AP membabitkan satu tempoh yang panjang, berbulan-bulan untuk diselesaikan dan melibatkan kos yang tinggi serta tokoh-tokoh besar seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Lim Kit Siang.

Selepas drama kejatuhan Datukm Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 , tiada isu lain yang berjaya menarik minat seluruh masyarakat untuk satu tempoh yang lama, kecuali drama AP ini yang "diarahkan" oleh DR. Mahathir ini.

Turut tersenarai dalam pilihan terakhir ialah tokoh-tokoh seperti Datuk Nazri Aziz, Datuk Shahrir Samad, Bung Moktar Radin and Mohamed Aziz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga tidak ketinggalan dicalonkan. Bagaimanapun Abdullah yang kaya dengan sifat sopan dan lemah lembut itu gagal ke pusingan akhir.

Disebabkan terlalu sukar untuk memilih seorang pemenang, buat pertama kalinya panel hakim memutuskan memberikan anugerah ini kepada dua pemenang.

Dan diputuskan pemenang anugerah Tokoh Malaaysiakini 2005 ialah........DR. Mahathir dan Rafidah kerana peranan mereka dalam drama AP yang tidak boleh dilupakan itu.

Sinopsis drama AP Mahathir-Rafidah.

Pada Jun lalu, bekas Perdana Menteri itu mendakwa kerajaan terutamkanya Rafidah yang menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melindungi kereta-kereta asing hingga menjejaskan pasaran kereta tempatan.

Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemberian AP kereta dan meminta kerajaan mendedahkan senarai penerima AP tersebut.

Isu yang didedahkan oleh Dr. Mahathir itu telah disambut oleh Ketua pembangkang, Lim Kit Siang dan para pemimpin PAS.

Suatu yang tidak terbayang selama ini, pembangkang berganding tangan dengan Dr. Mahathir menuntut senarai AP didedahkan dan meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat.

Kabinet yang tertekan oleh isu ini telah mengarahkan Rafidah menjawab semua persoalan AP itu dan menulis surat penjelasan kepada Dr. Mahathir.

Yang terperangkap dalam isu ini ialah Perdana Menteri. Namun beliau terus mengekalkan Rafidah dalam kabinetnya.

Pada Julai lalu Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan senarai penerima AP. Ia mendedahkan empat orang telah menerima lebih 25,000 permit untuk mengimport keretakereta mewah selama tiga tahun lalu.

Mereka ialah Tan Seri Nasimuddin SM Amin, Syed Azman Syed Ibrahim, Mohd Haniff Abdul Aziz and Azzuddin Ahmad. Ekoran pendedahan itu, Rafidah menjadi sasaran dan telah didesak supaya meletakkan jawatannya. Tidak kurang juga yang meminta memohon maaf pada Dr. Mahathir.

Namun Rafidah bukan calang-calang orang. Panggilan "Iron Lady" untuknya ada sebabnya. Beliau enggan meletakkan jawatan dengan menegaskan kedudukannya dalam kabinet adalah budi bicara Perdana Menteri.

Rafidah berbohong?

Rafidah juga terpaksa membuat penjelasan di perhimpunan agung Umno. Beliau telah diejek dan di "boo". Beliau juga tidak terlepas dari pemantauan Dr. Mahathir. Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya mendakwa beliau berbohong kepada para perwakilan Umno.

Ekoran dakwaan Dr. Mahathir itu Abdullah mengarahkan satu lagi senarai penuh didedahkan. Pada Ogos, BPR dikatakan telah mula menyiasat kes AP ini namun Rafidah terus kekal dengan jawatannya.

Drama ini menjadi lebih dramatik pada hari sambutan kemerdekaan negara, 31 Ogos, apabila Rafidah memeluk Dr. Mahathir di pentas perarakan kemerdekaan itu.

Seluruh negara terkejut. Adakah kedua-dua " musuh" ini sudah berbaik-baik?

Isu ini kemudiannya dipanjangkan ke parlimen. Pada bulan September Rafidah mendedahkan 337 permit telah di keluarkan kepada anggota parlimen. Rafidah juga diarahkan oleh kabinet untuk membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

Penjelasannya selama 45 minit di parlimen bagaimanapun gagal memuaskan hati para wakil rakyat itu. Pertelingkahan lidah berlaku antara beliau dengan Lim Kit Siang.

Malah Dr. Mahathir juga tidak puas hati dengan penjelasan bekas anak didiknya itu. Beliau turut menyalahkan para Yang Berhormat kerana "tidak pandai bertanyakan soalan".

Pentadbiran Abdullah kemudiannya mengumumkan Pelan Automotif Nasional sebagai jalan keluar kepada isu AP ini. Malah episod AP ini akhirnya dirumuskan sebagai "masalah peribadi Dr. Mahathir dan Rafidah".