PAS dan DAP sudah boleh duduk semeja
Published: Dec 24, 2005 10:40 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
PAS dan DAP sudah boleh duduk semeja untuk berbincang dan mencapai kata sepakat mengenai soal yang membabitkan dakwaan penyelewengan dan ketidaktelusan dalam proses pilihanraya di negara ini.

Ini terbukti tiga bulan lalu apabila delegasi dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah "berkampung" selama tiga hari di Port Dickson untuk membincang dan mencari jalan bersama untuk menanganinya.
Perkara tersebut didedahkan oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang mengetuai delegasi PKR menyertai perbincangan bersama tersebut. Delegasi DAP itu diketuai oleh Setiausaha Agungnya sendiri, Lim Guan Eng.
Sebelum ini DAP turut menganggotai Barisan Alternatif (BA) bersama PAS, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) ketika menghadapi pilihanraya umum 1999.
Bagaimanapun, DAP kemudian keluar daripada BA kerana membantah dasar Negara Islam yang yang diperjuangkan oleh PAS. Beberapa usaha selepas itu untuk membawanya kembali ke dalam BA gagal.
Parti Keadilan dan PRM kemudiannya bergabung menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Berucap menggulung perbahasan di Kongres Nasional PKR di Kuala Lumpur hari ini, Azmin berkata, ketika di sana, ketiga-tiga parti itu berjaya mencapai kesepakatan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani dakwaan penyelewengan dan ketidaktelusan dalam proses pilihanraya.
Kesepakatan moral
Hakikatnya kata beliau, parti-parti pembangkang perlu bersatu bergabung tenaga sekiranya mereka mahu memenangi piliharanraya umum.
Azmin menyifatkannya satu permulaan yang baik di mana mereka dapat mencapai 'kesepakatan moral' yang melewati batas perbezaan ideologi masing-masing.
"Ini adalah kali pertama dalam sejarah ketiga-tiga parti tersebut dapat duduk semeja untuk membincang secara khusus isu-isu yang membabitkan pembaharuan pilihanraya, sekurang-kurangnya kita telah mencapai kesepakatan...ini satu permulaan yang baik...," katanya ketika ditemui kemudiannya.
Selain itu, katanya, mereka juga sepakat untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai ketiga-tiga parti berkenaan untuk memperincikan pembaharuan dalam proses pilihanraya.
"Sebuah rangka tindakan akan dihasilkan untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), diikuti dengan road-show untuk menyedarkan rakyat mengenai hak mengundi mereka dan ketidaktelusan dalam SPR," katanya.
Sementara itu, dalam ucapan penggulungannya, Azmin berkata, PKR telah mengisytiharkan tahun 2005 sebagai tahun untuk memperkasakan parti.
"Ini bermakna parti kita di semua peringkat, cawangan, bahagian, negeri dan pusat harus diperkasakan. Bila parti sudah kuat, kita sudah sedia masuk pilihanraya...," katanya.
Persepsi pengundi
Di samping itu, katanya, sebuah bengkel khusus akan diadakan Mac depan untuk mengenalpasti kawasan yang akan ditandingi PKR dalam pilihanraya umum nanti.
Pada masa ini, katanya, biro pilihanraya sedang mengkaji keputusan pilihanraya umum 2004 hingga ke peringkat saluran yang telah diwartanya di lima negeri Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
"Kita juga akan mendapatkan data ini bagi negeri-negeri lain dan membandingkannya dengan keputusan pilihanraya umum 1999 bagi mengenalpasti kawasan-kawasan yang kita boleh capai kemenangan,: katanya.
Selain itu, katanya, sebuah badan bebas juga sedang menjalankan kajiselidik di peringkat kawasan, untuk mendapatkan reaksi terus daripada para pengundi mengenai persepsi mereka terhadap PKR.
"Hasilnya akan dibentangkan dalam bengkel Mac ini di mana kita akan tentukan kawasan yang akan ditandingi PKR dalam pilihanraya umum nanti," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dalam ucapan penggulungannya, mahu melihat lebih ramai pemimpin muda ditonjolkan bagi menerajui parti tersebut.
"Beri peluang pada orang muda...saya sudah 70 tahun...orang tua macam saya, kalau boleh menyumbang, saya akan terus menyumbang, kalau orang muda boleh pimpin, saya bersyukur...," katanya.

View Comments0