Syed Razak letak jawatan?
Diterbitkan: Dec 22, 2005 8:55 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Datuk Mahdzir Khalid yang disebut-sebut akan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Kedah tidak lama lagi enggan mengulas spekulasi peletakan jawatan Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.
Mahdzir sebaliknya berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat sebarang pengumuman.
"Tak elok sangat kalau saya ulas perkara itu, nanti apa orang kata, tunggulah apa pengumuman Perdana Menteri, terserah kepada Perdana Menteri," kata Mahdzir pada sidang akhbar selepas merasmikan Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020 di Alor Setar.
Menurut laporan akhbar hari ini Syed Razak yang sedang bercuti panjang selama enam bulan selepas diserang penyakit paresis pada 8 April lalu dijangka meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sehari dua lagi.
Syed Razak, anggota Majlis Tertinggi UMNO, yang baru pulang daripada bercuti empat minggu di Australia Isnin lepas, dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Abdullah dan Sultan Kedah.
Menurut laporan Bernama, berikutan serangan paresis, Syed Razak, 61, mendapatkan rawatan termasuk daripada pakar-pakar di Jerman, Singapura dan dalam negara. Tempoh percutian Menteri Besar itu tamat pada 16 Jan depan.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menceroboh kawasan sensitif kerana ianya akan dikekalkan sebagai kawasan warisan yang terpelihara.
Sehubungan itu, semua kawasan tadahan air, hutan simpan Hulu Muda, Pedu, Ahning dan Beris akan dipastikan tidak diceroboh untuk apa juga tujuan, katanya.
Mahdzir berkata kawasan sawah padi di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan tetap dipelihara sebagai kawasan padi negara di mana pembangunaan dijalankan secara terancang.