UNDP serah 18 bot pada mangsa tsunami di Kuala Muda
Muda Mohd NoorPublished: Dec 20, 2005 5:21 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Para nelayan di Kota Kuala Muda, Kedah yang dilanda bencana tsunami pada 26 Disember lalu, bersyukur kerana menerima bantuan daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) untuk mendapatkan bot baru.

Sumbangan bantuan 18 bot dari UNDP itu minggu lalu, membolehkan mereka menyambung semula kehidupan yang hampir musnah setelah bot mereka hilang atau rosak teruk dalam bencana tersebut.
Malah mangsa-mangsa tsunami itu menyifatkan UNDP lebih cepat menyalurkan bantuan bot kepada nelayan berbanding agensi kerajaan lain.
"Jika orang luar (UNDP) boleh menyediakan bot dalam masa tidak sampai tiga bulan, mengapa kerajaan yang mempunyai dana ratusan juta ringgit mengambil masa yang begitu lama?
"Nelayan tidak akan menderita lama jika semua pihak boleh mencontohi usaha yang dibuat oleh UNDP itu," kata seorang nelayan, Nordin Putih,48.
Katanya, meskipun UNDP hanya menyumbang 18 buah bot tetapi ia memberi makna yang besar kepada nelayan di kawasan berkenaan.
Seorang nelayan lain yang enggan namanya disiarkan berkata, Pengarah UNDP bagi Singapura dan Malaysia, Dr Richard Leete sangat mengambil berat mengenai nasib nelayan Kuala Muda yang ditimpa tsunami.
Turun ke laut
Katanya, Dr Richard sudah beberapa kali turun ke laut untuk melalui sendiri pengalaman pahit maung nelayan menangkap ikan.
"Dr Richard dan beberapa pegawainya membuat tinjauan dan tidak lama kemudian bot disiap dan disumbangkan kepada nelayan mangsa tsunami.
"Kami juga berpuashati dengan pembahagian bot itu yang dibuat secara cabutan undi di kalangan semua nelayan kerana ia lebih adil," katanya.
Tsunami yang melanda Kuala Muda pada 26 Disember lalu menyebabkan lebih 600 nelayan di situ kehilangan mata pencarian kerana bot mereka musnah atau rosak teruk.
Mereka yang mengharapkan bantuan dari kerajaan mendakwa mengambil masa yang lama untuk mendapatkannya, malah sehingga sekarang ada yang belum memperolehinya.
Sementara itu, Dr Richard (berdiri) ketika ditemui berkata, pihaknya sangat prihatin dengan penderitaan nelayan yang tidak dapat turun ke laut dan mengambil keputusan menyumbang 18 bot tersebut.
Katanya, jumlah itu mungkin kecil berbanding jumlah mangsa tsunami tetapi beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban mereka.
UNDP, katanya menggunakan wang sendiri untuk membina 18 bot berkenaan yang berharga RM27,000 sebuah, termasuk dengan enjin dan pukat untuk disumbangkan kepada nelayan terbabit.
Sumbangan bantuan 18 bot dari UNDP itu minggu lalu, membolehkan mereka menyambung semula kehidupan yang hampir musnah setelah bot mereka hilang atau rosak teruk dalam bencana tersebut. Malah mangsa-mangsa tsunami itu menyifatkan UNDP lebih cepat menyalurkan bantuan bot kepada nelayan berbanding agensi kerajaan lain.
"Jika orang luar (UNDP) boleh menyediakan bot dalam masa tidak sampai tiga bulan, mengapa kerajaan yang mempunyai dana ratusan juta ringgit mengambil masa yang begitu lama?
"Nelayan tidak akan menderita lama jika semua pihak boleh mencontohi usaha yang dibuat oleh UNDP itu," kata seorang nelayan, Nordin Putih,48.
Katanya, meskipun UNDP hanya menyumbang 18 buah bot tetapi ia memberi makna yang besar kepada nelayan di kawasan berkenaan.
Seorang nelayan lain yang enggan namanya disiarkan berkata, Pengarah UNDP bagi Singapura dan Malaysia, Dr Richard Leete sangat mengambil berat mengenai nasib nelayan Kuala Muda yang ditimpa tsunami.
Turun ke laut
Katanya, Dr Richard sudah beberapa kali turun ke laut untuk melalui sendiri pengalaman pahit maung nelayan menangkap ikan.
"Dr Richard dan beberapa pegawainya membuat tinjauan dan tidak lama kemudian bot disiap dan disumbangkan kepada nelayan mangsa tsunami.
"Kami juga berpuashati dengan pembahagian bot itu yang dibuat secara cabutan undi di kalangan semua nelayan kerana ia lebih adil," katanya.
Tsunami yang melanda Kuala Muda pada 26 Disember lalu menyebabkan lebih 600 nelayan di situ kehilangan mata pencarian kerana bot mereka musnah atau rosak teruk. Mereka yang mengharapkan bantuan dari kerajaan mendakwa mengambil masa yang lama untuk mendapatkannya, malah sehingga sekarang ada yang belum memperolehinya.

View Comments0