Pemimpin PAS Johor dan lebih 50 ditahan polis
Published: Aug 25, 2001 6:51 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Pesuruhjaya PAS Johor Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan lebih 50 penyokong pembangkang ditahan polis malam ini di tiga tempat berlainan di negeri itu.
PAS, sebagai membantah larangan berceramah di seluruh negara sejak Julai, menganjurkan 21 ceramah di negeri itu serentak malam ini.
Sumber-sumber pembangkang memberitahu malaysiakini tengah malam ini, sembilan orang ditahan di Taman Muhibah, Senai, 15 ditahan di Taman Universiti dan 32 orang di Parit Sulong.
Rabu lalu, 22 orang penyokong PAS ditahan di Taman Dahlia, juga dalam satu majlis ceramah politik.
Sepanjang bulan lalu, lebih 50 termasuk ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu dan Timbalan Ketua Pemuda Salahuddin Ayub, ditahan polis.
Ibu pejabat polis Bukit Aman dilaporkan mengeluarkan arahan kepada polis negeri dan daerah agar tidak membenarkan semua ceramah di tempat terbuka mulai awal Julai.
View Comments0

