3 ditahan di PJ kerana bergaduh
Diterbitkan: Sep 8, 2018 10:42 PM | Dikemas kini: Sep 8, 2018 10:46 PM
Tiga lelaki ditahan polis kerana terlibat di dalam satu pergaduhan di luar Kolej Tingkatan 6, Jalan PJS 5 di Petaling Jaya semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata pergaduhan yang tercetus pada kira-kira pukul 1 tengah hari itu disyaki berpunca daripada provokasi berbaur politik antara mereka.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun ditahan pada pukul 3 petang berhampiran tempat kejadian pergaduhan itu.
Dua daripada mereka mengalami kecederaan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh, katanya.
- Bernama

