PAS akan kemuka petisyen pilihanraya
Published: Dec 7, 2005 10:22 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
PAS akan mengemukakan petisyen pilihanraya kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana mendakwa terdapat pengundi hantu dan amalan politik wang dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir semalam.

Parti pembangkang itu juga mendakwa mengesan pengundi yang mengundi dua kali dan pengundi yang gagal mengundi kerana namanya telah digunakan oleh orang lain.
Timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa memberitahu sidang akhbar di Pasir Mas hari ini, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk membantah pencabulan hak dan demokrasi pengundi di kawasan itu.
Pilihanraya kecil itu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat menang dengan majoriti 134 undi. Beliau mendapat 7,422 undi menewaskan calon PAS Hanifa Ahmad yang memperoleh 7,288 undi dan calon Bebas Datuk Ibrahim Ali dengan 415 undi serta hilang wang pertaruhan.
Menurut Bernama, Nasharudin berkata, PAS masih mengumpul maklumat dan butiran mengenai dakwaan-dakwaan tersebut sebelum mengemukakan petisyen pilihanraya terbabit.
Dalam sidang akhbar yang sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun PAS kini mempunyai 23 kerusi DUN manakala BN memenangi 22 kerusi.
Ditanya sama ada PAS tertekan dengan kedudukan sekarang, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata: "Tiada tekanan dalam dewan, tidak tertekan. Kami (tetap) boleh buat kerajaan walaupun majoriti tipis."

View Comments0