Para YB wajar contohi Teresa Kok
Rozmal MalakanPublished: Dec 2, 2005 8:22 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Apa yang baik wajar diteladani, walaupun ianya datang daripada orang yang tidak sehaluan , tidak seagama, tidak sebangsa dengan kita. Yang tidak baik kita jadikan sempadan.
Teresa Kok adalah merupakan ahli Parlimen kawasan Seputeh daripada parti DAP. Sebut sahaja DAP ianya mengimbau kembali sejarah pergeseran perkauman antara Melayu dan Cina. Dan ada sesetengah daripada orang Melayu kurang senang dengan kehadiran DAP di kalangan mereka.
Namun apa yang menarik minat saya ialah apabila nama Teresa Kok menjadi bualan sekarang ini dengan pendedahan isu kes tahanan wanita yang didakwa dibogelkan dan disuruh melakukan ketuk ketampi oleh anggota polis.
Ini menarik minat saya untuk mengenali Teresa Kok dengan lebih dekat. Apa yang menyebabkan beliau begitu senang didatangi oleh masyarakat terutamanya daripada kaum Cina sendiri.
Nampaknya ada sesuatu yang ahli parlimen lain terutama daripada parti UMNO, MIC, PAS , Keadilan dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional mahupun pembangkang wajar contohi. Iaitu Teresa Kok mempunyai laman web beliau sendiri http://teresakok.blogsome.com dimana masyarakat dapat mengikuti perkembangan ahli parlimen di kawasan mereka daripada masa ke semasa.
Malah laman web Teresa Kok ini tidak beku seperti mana laman web agensi kerajaan yang hanya dikemaskini mungkin setiap enam bulan sekali atau mungkin apabila mendapat teguran dalam akhbar.
Laman web Teresa Kok ini di kemaskini hampir setiap hari, terutamanya apabila ada sesi parlimen berlangsung.
Malah kritikan, komen serta teguran yang diberikan oleh Teresa Kok dalam laman webnya adalah merupakan isu setempat dan isu semasa yang mempunyai fakta yang munasabah, bukan setakat serangan emosional semata-mata atas sentimen kepartian.
Dengan ini rakyat yang diwakili oleh ahli parlimen berkenaan seolah-olah dapat mengenali ahli parlimen mereka dengan lebih dekat, dan secara tidak langsung dapat menilai mutu perkhidmatan yang diberikan oleh ahli parlimen mereka secara peribadi.
Dengan itu saya menyeru terutama rakan-rakan saya ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat yang beragama Islam dan berbangsa Melayu daripada UMNO, PAS dan Keadilan agar mencontohi pendekatan Teresa Kok dengan mengadakan laman web yang informatif dan interaktif agar dapat menjalinkan hubungan erat dengan rakyat yang anda wakili.

View Comments0