DAP gesa Noh minta maaf
Muda Mohd NoorPublished: Dec 1, 2005 7:08 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Rakaman kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar yang menyebut pendatang boleh "balik" jika merasakan pemeriksaan polis Malaysia ke atas mereka sebagai kejam, diperdengarkan semula oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di lobi parlimen hari ini.

Lim memainkan semula rakaman kenyataan Noh itu dalam satu sidang akhbar yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.
Suara Noh jelas kedengaran meminta pendatang yang mendakwa polis kejam boleh meninggalkan negara ini jika mereka tidak puas hati.
Berikutan itu, Chong Eng mahu Noh memohon maaf kepada media dan wartawan kerana mendakwa mereka telah menyalahtafsirkan kenyataan itu.
"Beliau tidak boleh lari lagi...Ini suara Noh, dia sebut pendatang boleh pulang ke negara masing-masing jika mendakwa polis negara ini kejam.
"Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri pernah menasihakan Noh supaya menghormati wartawan dan media," katanya.
Lim pula berkata, kerosakan yang berlaku akibat kenyataan Noh itu amat serius.
'Pelajar di UK bertelagah'
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu mendakwa ada menerima laporan bahawa terdapat pelajar Malaysia di United Kingdom dan beberapa tempat lain bertelagah dengan pelajar dari China kerana isu tersebut.
"Pelajar dari China menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai tinggi kerajaan sebagai menghina dan keterlaluan. Mereka menganggap isu ini lebih besar dari isu gempa bumi dan kemalangan lombong," katanya.
Lim mendakwa, para pelajar Malaysia di United Kingdom kini ketakutan untuk berdepan dengan rakan-rakan dari China ekoran kenyataan Noh itu.
"Kenyataan itu mengubah segalanya. Pelajar China mendakwa sebelum ini mereka berfikir Malaysia sangat terbuka dan demokratik tetapi sebenarnya tidak,"ujar beliau..
Menurutnya, kenyataan Noh itu bukan sahaja menjatuhkan imej Perdana Menteri di mata awam tetapi menjejaskan usaha untuk membawa pelajar, pelancong dan pelabur ke negara ini.
Lim juga dengan tegas meminta Perdana Menteri memecat Noh dari kabinet kerana kenyatannya yang tidak bermoral itu.

View Comments0