PDRM - Rakyat telah hilang keyakinan
AliPublished: Dec 1, 2005 8:14 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Saya amat kesal dengan apa yang berlaku kepada warga China yang menggemparkan negara khamis lalu. Sepatutnya kerajaan mengambil langkah "drastik" untuk menangani masalah tersebut sekali gus meyakinkan kembali rakyat Malaysia dan dunia.
Dan saya begitu hairan kenapa anggota polis yang menyuruh mangsa tersebut untuk berbogel dan ketuk ketampi masih lagi belum diambil sebarang tindakan dan dalam masa yang sama polis sangat berminat untuk mengenalpasti orang yang merakamkan kejadian tersebut.
Jika benar apa yang dikatakan oleh Datuk Musa Hassan bahawa kejadian tersebut merupakan "standard operating procedure" polis, jadi di mana duduknya hak asasi manusia? Adakah semua wanita yang ditahan akan dibogelkan dan disuruh ketuk ketampi sebagai "standard operating procedure"?
Apakah wanita tidak mempunyai maruah? Malaysia sebagai negara Islam yang merupakan contoh kepada negara-negara Islam lain telah mengejutkan dunia dengan tingkah laku yang jijik dan tidak bermoral polis itu.
Kenyataan yang diberikan Musa sangat menghampakan rakyat Malaysia dan secara langsung menghilangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap pasukan polis.

View Comments0