Felda sendayan: MB dakwa pemimpin Umno sendiri sabotaj
Published: Nov 28, 2005 8:09 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa, pemimpin Umno di Sendayan sendiri yang cuba mensabotaj program untuk melaksanakan pembangunan di Felda Sendayan dan usaha meminjam wang daripada kerajaan Persekutuan bagi membayar pampasan kepada peserta di kawasan itu.

"Ada kumpulan-kumpulan. Sebenarnya di Sendayan sendiri, bukan di luar Sendayan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ishak Ismail (BN-Lenggeng) di sidang Dewan Undangan Negeri di Seremban hari ini.
Menurut Bernama, beliau berkata, proses pinjaman itu terpulang kepada budibicara kerajaan pusat tetapi hasil daripada maklum balas yang diterima, pinjaman itu tiada masalah.
"Kita minta Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menimbang sebaik mungkin dan menyegerakan kelulusannya. Seboleh-bolehnya hujung tahun ini," katanya.
Kepada soalan asal Ishak, Mohamad berkata, permohonan pinjaman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak ditolak tetapi kerajaan tidak berhasrat untuk meneruskan pinjaman itu kerana KWSP lambat memberi jawapan.
Selain itu, beliau berkata, KWSP juga meletakkan syarat ketat seperti cagaran tanah Sendayan, yang tidak boleh dilakukan kerajaan negeri kerana terlalu ramai pemilik tanah yang terbabit dan ia boleh menyulitkan proses tersebut.
Katanya, penilaian secara rasmi terhadap tanah di Sendayan itu juga belum dibuat, tetapi kerajaan masih menggunapakai perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) sebelum ini dengan
peneroka iaitu sebanyak RM3 bagi satu kaki persegi.

View Comments0