Utusan cuba bangkit isu perkauman: Kit Siang
'Ein AzmiPublished: Dec 8, 2000 12:05 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
DAP berpendapat akhbar Utusan Malaysia cuba membangkitkan isu perkauman ekoran laporan berita akhbar itu mempersoalkan kesetiaan dan kepercayaan pengundi Cina dalam pilihanraya di Lunas baru-baru ini.
"Utusan Malaysia, yang dikawal dan dipunyai oleh Umno, dalam tulisan Rozaman Ismail bersifat perkauman serta berbau hasutan telah mempersoalkan kepercayaan pengundi Cina yang telah memberi undi kepada Barisan Alternatif dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas Rabu lalu," ulas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan media hari ini.
Lim merujuk kepada rencana Utusan bertajuk "Politik orang Cina di Lunas" yang mempersoalkan sama ada pengundi Cina tidak boleh dipercayai lagi ekoran kekalahan calon Barisan Nasional, S Anthonysamy, dari MIC, di empat daripada enam daerah mengundi yang majoritinya adalah orang Cina.
Rozaman melaporkan bahawa "masyarakat Cina di Lunas terbukti mengetepikan terus rekod cemerlang BN ..." dan "membiarkan diri mereka dipengaruhi sentimen perkauman yang tebal".
Wartawan Utusan itu berkata para pengundi Cina meletakkan politik Malaysia dalam keadaan merbahaya jika mereka berterusan dengan politik sedemikian.
Ruangan sindiran
Bagaimanapun, Lim berpendapat laporan berita itu boleh mensabitkan Utusan di bawah Akta Hasutan dan menggesa Peguam Negara mendakwa akhbar itu.
Menurut beliau Jabatan Peguam Negara perlu adil terhadap tulisan tidak bertanggungjawab membangkitkan isu perkauman dan tidak membiarkan keharmonian antara kaum serta integrasi nasional terjejas.
Lim turut mengecam tulisan Awang Sulong dalam ruangan "Bisik-Bisik Mingguan" akhbar Mingguan Malaysia semalam bertajuk "Kit Siang paling gembira" yang jelas mempertahankan isu yang dibangkitkan itu.
Beliau sekali lagi menuntut supaya Utusan menarik semula laporan berunsur perkauman, provokasi dan bersifat menghasut mempersoalkan kesetiaan pengundi Cina di Lunas.
Awang dalam ruangan akhbar itu telah melaporkan Lim adalah individu yang paling gembira ekoran majoriti kaum Cina memilih calon Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dalam pilihanraya kecil itu.
Beliau turut melaporkan kehadiran Lim di Lunas tidak diduga terutama di kalangan ahli-ahli DAP yang masih tidak puas hati calon parti itu tidak dipilih mewakili pembangkang.
Dalam ruangan sindiran itu, Awang mempersoalkan kenyataan pemimpin DAP itu berhubung rencana Rozaman yang menuntut akhbar itu meminta maaf kepada orang Cina di Malaysia.
"Awang percaya kenyataan itu disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina. Jika disiarkan, tercapailah hajat Kit Siang untuk menonjolkan semula kejaguhan Cinanya," lapor sumber itu lagi.
Sementara itu, ketika dihubungi, Pengarang Berita Kanan Utusan, Aziz Ishak berkata "terserah kepada para pembaca untuk menilai".

View Comments0