Dewan Rakyat gamat lagi dengan Isu monyet
Published: Nov 24, 2005 9:17 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Persidangan Dewan Rakyat hari ini gamat lagi apabila isu penggunaan perkataan "monyet" yang ditujukan kepada pihak pembangkang oleh seorang timbalan menteri semalam dibangkitkan semula oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku semalam.

Beliau mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M. Kayveas yang hanya menarik balik perkataan "seperti monyet" dan bukannya perkataan "monyet".
Lim, yang bangun mempersoalkan tindakan itu sebelum sesi perbahasan bermula hari ini, berkata Kayveas sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan Parlimen kerana tindakannya itu.
"Tengok dalam TV, dalam tape dia ada sebut perkataan monyet tiga kali. Dia kata...satu monyet di depan, satu lagi di belakang dan satu lagi monyet sudah bangun.
"Dia tarik balik perkataan 'macam monyet' saja...(perkara) 'monyet' belum ditarik balik, sebab itu dicadang dia dirujuk ke jawatankuasa kerana guna perkataan menghina (dan) yang tidak sesuai dalam Parlimen," katanya.
Bincang isu penting
Menurut laporan Bernama, Lim juga menegur media kerana memberi lebih liputan berita terhadap isu itu dan bukannya isu-isu semasa yang dibincangkan semasa Sidang Dewan.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib berkata beliau menganggap bahawa perkara itu telah selesai.
"Pada mula-mulanya memanglah ungkapan seperti itu sesuatu yang tidak sopan dilafazkan di dalam dewan yang mulia ini dan saya telahpun meminta beliau (Kayveas) menarik balik dan dalam fahaman saya, beliau telah menarik balik kedua-dua perkataan itu, jadi dengan itu saya anggap perkara
ini telah selesai," katanya.
Datuk Raja Ahmad Zainudin Raja Omar (BN-Larut) dan Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) pula bangun mencelah dan menegaskan bahawa perkara itu sudah selesai dan Dewan perlu membincangkan perkara yang lebih penting.

View Comments0