Terjemahan PAS akan menyebarkan maklumat kepada para pengundi dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, melalui pengedaran risalah yang diterbitkan secara harian dan mengutus pesanan pilihanraya melalui video cakera padat (VCD), kata Naib Presidennya, Husam Musa.

Sambil menyifatkan usaha melawan jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) sebaga satu tugas berat, beliau berkata, PAS mahu memastikan para pengundi tidak disogok dengan maklumat sebelah pihak sahaja oleh media-media cetak dan eletronik arus perdana.

"BN dan Umno mempunyai media arus perdana di belakang mereka. PAS diberikan ruang yang terlalu sedikit, jadi kami memutuskan untuk menyediakan berita-berita alternatif sendiri kepada para pengundi.

"Salah satu strateginya ialah dengan menyalurkan maklumat menerusi VCD yang akan ditayangkan di tempat-tempat strategik," katanya.

PAS juga akan menerbitkan risalah harian yang akan diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

"Ia akan memberi maklumat yang tepat mengenai parti dan menjawab semua tuduhan atau dakwaan yang dilemparkan kepada PAS untuk dinilai oleh para pengundi," kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Difahamkan Pengarang HarakahDaily.Net, Zulkifli Sulong telah diarah untuk merngetuai operasi tersebut. Risalah yang pertama dijangka terbit Jumaat ini.

PAS juga katanya, telah membuat persediaan untuk menghadapi kempen-kempen tidak beretika oleh pihak lawan, seperti politik wang

"Satu-satunya cara untuk menangani taktik kotor itu ialah dengan mengadakan perjumpaan sekerap mungkin dengan para pengundi bagi memstikan mereka tidak terpengaruh dengan taktik seperti itu.

"Kami akan menggunakan majlis-majlis ceramah untuk menasihati orang ramai supaya jangan melibatkan diri dengan taktik tidak jujur itu," ujarnya.

Faktor Anwar

Husam juga memberitahu, PAS akan menggunakan kunjungan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pengkalan Pasir pada 27 November ini untuk menarik pengundi. Anwar telah berjanji untuk membantu kempen parti itu kali ini.

Menurut beliau, Anwar yang mempunyai pengaruh luas di Kelantan dan akan memberi impak besar kepada kempen PAS di Pengkalan Pasir.

"Anwar mempunyai wibawa untuk bercakap mengenai amalan rasuah dalam Umno dan BN, isu ini akan diketengahkan dalam kampen kami.

"Para pengundi mesti didedahkan tentang amalan penyelewengan kuasa yang berleluasa dalam kerajaan hingga menyebabakan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Bank Islam dan Syarikat Penerbangan Malaysia kerugian besar," tambahnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud pula mengakui pihaknya menghadapi tugas berat untuk melawan kempen aggresif Wanita dan Puteri Umno.

"Dari segi kewangan memang kami serba kekurangan tetapi ahli muslimat PAS tetap akan berkerja keras. Kami telah merancang lawatan rumah ke rumah dan program anak angkat," jelasnya.

Dr Siti Mariah berkata, semua ketua Muslimat PAS dari negeri lain akan melaporkan diri di Pasir Mas hari ini untuk memulakan berkempen./Berita asal