Gerakan mahu dasar bahasa Inggeris dikaji semula
Published: Nov 7, 2005 11:14 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Gerakan mahu mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah diajar dalam bahasa ibunda masing-masing dan bukan dalam bahasa Inggeris seperti yang dilaksanakan sejak 2003.
Naib presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pengajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda akan memudahkan mereka menguasai kedua-dua mata pelajaran itu.

"Kita patut kaji semula kesan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di semua sekolah -- sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil. Gerakan ingin menggesa satu kajian semula secara objektif dan komprehensif dibuat terhadap kesan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah," katanya kepada pemberita sebelum bermulanya majlis dialog antara parti itu dan Persekutuan Persatuan Cina, Hua Zhong, di Kuala Lumpur semalam.
Mulai 1 Jan 2003, kerajaan memperkenalkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi murid Tahun Satu, Dua dan Enam di semua sekolah rendah bagi membantu rakyat negara ini menguasai bahasa itu.
Desakan di kalangan masyarakat Cina agar pertukaran dibuat terhadap dasar itu semakin meningkat menjelang kemasukan kumpulan pertama murid sekolah rendah yang mempelajari dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris ke Tahun Empat tahun depan.
Menurut laporan Bernama, Dr Koh yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata walaupun Gerakan menyokong usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini, namun pada waktu yang sama, ia mahu tahap pencapaian murid dalam dua mata pelajaran itu terus meningkat.
"Kami rasa, pada peringkat sekolah rendah, pengajaran sains dan matematik perlu dibuat dalam bahasa ibunda seseorang murid -- murid Cina belajar sains dan matematik dalam bahasa Cina dan murid Melayu dalam bahasa Melayu.
"Isunya sekarang ialah formula bagi Tahun Empat, Lima dan Enam dan kami akan menggunakannya sebagai rujukan serta asas yang akan dikemukakan kepada kerajaan," katanya.
Beliau berkata Gerakan akan bekerjasama rapat dengan MCA dan berbincang dengan para pemimpin Umno bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Dr Koh juga berkata Gerakan tidak mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar sains dan matematik di peringkat lebih tinggi, terutama di universiti, tetapi parti itu lebih prihatin tentang kesan pengajaran dua mata pelajaran tersebut di semua sekolah rendah.
Katanya dasar yang ada sekarang perlu dinilai dengan lebih teliti supaya dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, satu dasar yang lebih berkesan dapat dilaksanakan bagi memperbaiki pengajaran sains dan matematik di kalangan murid sekolah rendah.

View Comments0