Isteri Nik Aziz masuk wad kerana kencing manis
Published: Nov 2, 2005 1:50 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini semalam kerana komplikasi kencing manis.
Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, semalam kerana komplikasi kencing manis.
Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini semalam kerana komplikasi kencing manis.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, doktor menasihatkan isterinya itu berehat selepas didapati peredaran darahnya tidak lancar.
"Sebelum masuk wad, isteri saya mengadu huyung-hayang (pening) dan muntah-muntah. Tetapi Alhamdulillah, keadaannya semakin baik.
"Harap-harap doktor benarkan beliau keluar dari wad sebelum Hari Raya (Aidilfitri) nanti untuk menyambut raya bersama keluarga kerana biasanya ramai tetamu akan datang ke rumah," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
Menurut laporan Bernama, Pemangku Pengarah HUSM Dr Zaidun Kamari berkata, keadaan Tuan Sabariah, 54, yang dimasukkan ke wad kira-kira jam 10 pagi, adalah stabil.
"Kami menahannya di wad bagi memastikan Datin (Tuan Sabariah) mendapat rehat secukupnya," katanya.
Bertambah sihat
Nik Aziz pula ketika ditanya perkembangan kesihatannya sendiri, berkata beliau kini bertambah sihat dan telah berjumpa pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN) 24 Oktober lalu.
Pada 22 Julai tahun lalu, Mursyidul Am PAS berusia 74 tahun itu, mengejutkan ramai setelah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat serangan jantung.
Berikutan itu, beliau menjalani pembedahan di HUSM sebelum dipindahkan ke IJN bagi mendapakan rawatan susulan dan dinasihatkan doktor supaya berehat selama dua bulan.
Turut melawat isteri Menteri Besar itu di hospital hari ini ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan Datuk Seri Annuar Musa dan isteri Datin Seri Rosniah Abdul Rahman serta beberapa ahli Puteri Umno negeri.
Annuar sebelum itu melawat dan menyampaikan sumbangan kuih raya kepada kira-kira 200 pesakit di HUSM.

View Comments0