Kamera litar dipasang awasi sempadan Msia-Thai
Published: Nov 2, 2005 1:42 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Setiap pergerakan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di antara Bukit Kenchana dan Padang Besar yang dikawal oleh Pasukan Gerak Am (PGA), akan dipasang kamera litar tidak lama lagi.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemasangannya bertujuan meningkatkan keberkesanan kawalan di sempadan, terutama menangani penyeludupan dan ancaman.
Setiap pergerakan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di antara Bukit Kenchana dan Padang Besar yang dikawal oleh Pasukan Gerak Am (PGA), akan dipasang kamera litar tidak lama lagi.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia akan dipasang secepat mungkin bagi meningkatkan keberkesanan kawalan di kawasan sempadan, terutama dalam menangani kegiatan penyeludupan dan ancaman.
Katanya, kamera itu akan dipasang di beberapa lokasi sejauh 5.3 kilometer antara Bukit Kenchana dan Padang Besar. Jumlahnya bergantung kepada kajian keperluan dan keberkesanannya.
Shahidan ditemui pemberita selepas mengiringi Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Syed Sirajuddin Jamalullail meninjau tugas anggota Pasukan Gerak Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kenchana hari ini,
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, kerajaan negeri juga bercadang untuk menganjurkan program larian sempadan bertaraf antarabangsa tahun depan bagi memperkenalkan keindahan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sebagai tarikan baru sektor pelancongan.
Sempena lawatan itu, Pemangku Raja Perlis turut bermesra dengan para pegawai dan anggota PGA yang bertugas di sempadan pada musim perayaan.
Baginda turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada 225 anggota PGA dan polis yang bertugas pada Aidilfitri.

View Comments0