Keadaan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba yang dirawat di Pusat Perubatan Pantai (PMC) sejak Rabu lalu, dilaporkan bertambah baik hari ini.

"Keadaan Tun bertambah baik sejak semalam...stabil," katanya anaknya, Mohd Asri ketika dihubungi Bernama.

Ghafar, 80, dimasukkan ke PMC akibat sakit jantung dan paru-paru. Sebelum ini, beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana sakit dada sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), PMC.

Antara yang melawat Ghafar hari ini ialah Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.