Syed Hamid: Msia selamat untuk pejabat perwakilan asing
Published: Oct 6, 2005 12:02 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Penghantaran bungkusan misteri ke pejabat-pejabat perwakilan asing di Kuala Lumpur tidak wajar ditafsirkan bahawa Malaysia merupakan tempat bahaya kerana negara ini merupakan satu daripada tempat paling selamat untuk mereka beroperasi, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, pejabat kedutaan dan suruhanjaya tinggi tidak perlu terlalu bimbang dengan kejadian itu kerana semua langkah berjaga-jaga yang perlu akan diambil bagi melindungi keselamatan mereka.
"Saya fikir tidak wajar buat penghakiman awal. Walaupun perkara itu berlaku (penghantaran bungkusan itu), tiada kejadian tidak diingini berlaku. Pihak berkuasa kita telah bertindak cepat.
"Apa yang orang perlu tahu ialah kita tidak memandang mudah perkara itu, kita sentiasa berjaga-jaga, kita sentiasa berwaspada," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa Philippe Kirsch di Wisma Putra, semalam.
Lima lagi pejabat perwakilan asing hari ini menerima bungkusan mengandungi cakera padat (CD) bersama cecair berwarna kuning dan serbuk putih. Bungkusan itu dihantar hampir serentak ke kedutaan-kedutaan Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis serta Suruhanjaya Tinggi British dan Suruhanjaya Tinggi Australia pada jam 10 pagi.
Kelmarin, sembilan pejabat perwakilan asing diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima bungkusan yang disyaki mengandungi bom buatan sendiri dan serbuk anthrax berbahaya.
Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, polis mendapati tiada bahan itu. Cecair berwarna kuning dan serbuk putih di dalam bungkusan itu dikatakan tidak berbahaya.
Syed Hamid memberi amaran, sepatutnya tidak ada cubaan untuk menggambarkan bahawa Malaysia seolah-olah dilanda banyak masalah keselamatan yang akan menyebabkan pejabat perwakilan asing berasa bimbang.
Diberi perlindungan
"Malaysia merupakan satu daripada negara paling selamat bagi pejabat perwakilan asing. Jika anda baca laporan-laporan (berita), ia menunjukkan bahawa terdapat masalah seperti demonstrasi di mana-mana. Di Malaysia, pejabat perwakilan asing dilindungi dengan sebaiknya," katanya.
Mereka yang ditugaskan di kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dipastikan berasa selesa sepertimana di tanahair sendiri, katanya.
"Malahan semasa kejadian 9/11 (serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001), tidak ada sebarang tindak balas terhadap warga asing yang bekerja di pejabat perwakilan asing di negara ini. Kita bangga dengan rekod itu," katanya.
Beliau berkata, penghantaran bungkusan misteri itu ke pejabat kedutaan telah menimbulkan rasa bimbang kerana ia berlaku selepas kejadian letupan bom baru-baru ini di pulau peranginan Bali, Indonesia yang dikatakan dilakukan pengebom berani mati.
"Walaupun kita (negara-negara di rantau ini) mengutuk jenayah yang dilakukan pengganas, hakikatnya ialah rangkaian kumpulan terbabit masih belum dihapuskan sepenuhnya.
"Keadaan seperti apa yang berlaku di Indonesia menunjukkan masih wujud kumpulan yang masih beroperasi, dan kita perlu terus meningkatkan kerjasama sesama kita supaya tindakan awal boleh diambil untuk mencegah jenayah kejam seumpama itu daripada berlaku," katanya.
Sebelum pertemuan dengan Hakim Kirsch, Syed Hamid mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Luar dan Pembangunan Finland Mari Kiviniemi.

View Comments0