Rafidah: Tiada sekatan terhadap Proton tembusi pasaran asing
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini berkata tiada sekatan dikenakan ke atas pengeluar kereta nasional, Proton, untuk menembusi mana-mana pasaran asing.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini berkata tiada sekatan dikenakan ke atas pengeluar kereta nasional, Proton, untuk menembusi mana-mana pasaran asing.
Bagaimanapun, terdapat persoalan sama ada Proton benar-benar sudah cukup kompetitif, katanya.
"Kerajaan hanya boleh membantu Proton dengan memberikan geran dan insentif terutamanya bagi tujuan eksport."
Sekiranya Proton boleh mengeluarkan kereta yang berkualiti dengan harga yang baik, ia boleh menembusi mana-mana pasaran, katanya.
Beliau berkata,
Proton merupakan kereta asing pertama memasuki pasaran China dan berjaya menjual 20 unit pada permulaannya namun usaha itu nampaknya terhenti setakat itu sahaja.
"Saya hairan kenapa tidak ada susulan selepas itu. Sedangkan pasaran di China sekarang semakin membesar dan bernilai berjuta-juta ringgit," katanya.
Jualan Proton terjejas
Rafidah berkata demikian di Parlimen hari ini sebagai menjawab soalan daripada Datuk Raja Ahmad Zainudin Raja Omar (BN-Larut). Raja Ahmad Zainudin bertanya bagaimana kementerian Rafidah menangani isu AP yang dikatakan satu daripada masalah yang menjejaskan jualan Proton.
Menurut laporan Bernama , Rafidah juga bertanyakan Rafidah sama ada terdapat sekatan yang dikenakan ke atas Proton yang menyukarkan pengeluar kereta nasional itu untuk memasuki pasaran asing.
Rafidah, yang kelihatan tenang, meskipun beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh Pembangkang berkata, kementeriannya malahan telah meminta Proton menggariskan strategi eksport menyeluruh untuk membantu meningkatkan daya saingnya di pasaran luar negara.
Malaysia, katanya, merupakan pengeluar kereta penumpang terbesar dan pengeluar kereta perdagangan ketiga terbesar di rantau Asean.
Beliau juga menjelaskan bahawa kementeriannya hanya mempunyai rekod pengeluaran kereta Proton tetapi tidak mempunyai hak untuk memegang rekod jualan kereta Proton.

