Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyambung kontrak perkhidmatannya sehingga 2020 dengan pilihan tambahan tahun berikutnya, demikian menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

“Saya amat bangga dengan terharu dapat kekal menjadi pengurus Manchester United.

“Saya juga dapat rasakan bahawa mereka masih percayakan saya untuk terus menjadi pengurus kelab ini,” kata Mourinho yang dipetik oleh Reuters.

Sejak menggantikan Louis van Gaal pada musim lalu, bekas pengurus Chelsea itu telah membantu United memenangi Piala Liga dan Liga Europa ketika tahun pertamanya menerajui pasukan itu.

Kontrak pengurus tersebut sebelum ini bakal tamat pada 2019.