Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dalam memberikan kontrak membekalkan barangan keperluan pelajar.

Turut ditahan ialah anak lelaki kepada wanita berkenaan yang berusia 24 tahun dan pemilik syarikat berumur 40 tahun.

Ketiga-tiga mereka ditahan antara jam 4.30 petang hingga 7 malam hari ini.

Menurut sumber, suspek wanita itu dipercayai menyalahgunakan jawatannya dengan memberi kontrak bekalan bernilai kira-kira RM79,000 melalui rundingan terus.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara tahun 2016 dan 2017.

"Dia didapati telah memberikan kontrak pembekalan kepada anak lelakinya melalui sebuah syarikat yang dimiliki oleh rakannya.

"Ketiga-tiganya sedang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," kata sumber itu.

Sementara itu, pengarah SPRM Selangor Alias Salim mengesahkan penangkapan itu dan berkata ketiga-tiga suspek akan ditahan esok.

Beliau menambah satu siasatan telah dimulakan terhadap suspek.