Empat badan Islam bukan kerajaan (NGO) menggesa Kerajaan Thailand supaya mengambil pendekatan perdamaian serta memberi jaminan keselamatan kepada pelarian dari wilayah selatan, yang ingin pulang.

Di samping itu, mereka juga menggesa Kerajaan Thailand supaya memberi laluan kepada institusi antarabangsa, media asing serta NGO hak asasi manusia seperti Amnesty International melawat kawasan konflik bagi membuat liputan dan menyediakan laporan yang bebas.

Mereka juga mahu supaya ekonomi selatan Thai dibangunkan, menamatkan diskriminasi dan mengembalikan hak rakyat untuk hidup aman damai di bawah naungan sebuah kerajaan yang bertanggunggjawab.

Empat NGO tersebut Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Sekretariat Himpunam Ulama Rantau Asia (Shura) dan Gabungan Jawatankuasa Pemantau NGO Islam (Accin) membuat gesaan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Sehubungan itu, mereka menyaran beberapa langkah yang perlu dilaksanakan bersunguh-sungguh oleh Kerajaan Thailand pimpinan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra bagi memadamkan penduduk beragama Islam.

Ini termasuklah mengarahkan pasukan keselamatan menamatkan serta-merta segala bentuk keganasan dan menamatkan pemerintahan tentera di Narathiwat.

Selain itu, katanya, mereka, Kerajaan Thai juga hendaklah menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia, kebebasan, demokrasi dan etika keadilian dan kesaksamaan.

Mengenai 131 rakyat selatan Thai yang lari ke Malaysia, NGO terbabit menyokong keputusan Kerajaan Malaysia tidak menghantar pulang 131 pelarian atas alasan kemanusiaan dan sehinggalah siasatan rapi dijalankan.

Di samping itu, kata mereka, penghantaran pulang pelarian tersebut juga hendaklah berasaskan kepada undang-undang antarabangsa, keselamatan mereka terjamin dan dengan kerelaan sendiri.

"Kerajaan Thailand juga perlu memberi perhatian serius terhadap nasib umat Islam di wilayah selatan negara tersebut," tambah kenyataan tersebut.