Mahkamah: Rayuan Azmin Ali didengar 17 Oktober
Published: Sep 26, 2005 9:48 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 17 Oktober ini untuk mendengar kes rayuan Naib Presiden Keadilan, Mohamed Azmin Ali terhadap sabitan dan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen empat tahun lalu.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Kadir Musa dalam kamarnya hari ini .
Pada 2 Mei 2001, Azmin telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan kesalahan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dia didapati bersalah mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Azmin didakwa menyatakan kepada majistret bahawa tempoh tahanan reman terhadapnya tidak boleh dilanjutkan kerana tindakan dan ugutan polis ketika dia ditahan adalah terlalu kejam dan memaksanya membuat pengakuan yang membabitkan `Saudara Anwar'.
Azmin, yang ketika itu memberi keterangan sebagai saksi ke-14 pendakwaan, memberitahu demikian ketika menjawab soalan semasa pemeriksaan semula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk S. Augustine Paul (kini Hakim Mahkamah Persekutuan).
Menurut laporan Bernama, dia telah dipanggil sebagai saksi dalam kes perbicaraan Anwar yang menghadapi empat tuduhan pindaan menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Kadir Musa dalam kamarnya hari ini .
Pada 2 Mei 2001, Azmin telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan kesalahan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dia didapati bersalah mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

View Comments0