447 mangsa banjir di Pekan
BernamaDiterbitkan: Jan 16, 2018 11:43 AM | Dikemas kini: Jan 16, 2018 11:46 AM
Seramai 477 mangsa banjir di Pekan masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata tiga PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara yang menempatkan 375 orang, SK Temai (93 orang) dan SK Aceh (sembilan orang).
Beliau juga menjangkakan semua mangsa akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat sekiranya cuaca cerah hari ini. -Bernama

