Berpantang maut sebelum ajal. Itulah perumpamaan sesuai untuk menggambarkan detik-detik cemas seorang warga emas berusia 85 tahun yang terjatuh ke dalam perigi sebuah kampung di Kota Bharu, pagi tadi.

Ia bermula ketika mangsa, Mohd Zin Bulat mahu mengambil air daripada perigi di belakang rumahnya yang terletak di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, kira-kira jam 6.00 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa lebih dua jam kemudian, iaitu pada jam 8.42 pagi.

Beliau berkata, ahli keluarga pada mulanya menyangka mangsa hilang selepas gagal dikesan, sebelum ditemui berada di dalam perigi tersebut.

"Sampai di tempat kejadian, didapati seorang lelaki warga emas telah jatuh ke dalam perigi sedalam 25 kaki yang terletak dalam kawasan dapur rumah.

mangsa dikatakan hilang dan gagal dikesan keluarga sebelum ditemui di dalam telaga tersebut.

"Sampai di tempat kejadian didapati seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun telah jatuh ke dalam telaga sedalam 25 kaki yang terletak dalam kawasan dapur rumah.

"Kejadian berlaku ketika dia mahu mengambil air dari perigi itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Zain berkata, mangsa bernasib baik kerana dapat bergayut pada batang paip yang disambung dari permukaan ke dalam perigi itu.

"Paras air telaga tersebut agak dalam dan melepasi ketinggian mangsa. Mujur dia dapat bergayut pada batang paip dan bertahan sehingga kehadiran kami.

"Dia diberikan rawatan kecemasan awal sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut," katanya dengan menambah mangsa tidak mengalami kecederaan parah.

Sejumlah 10 anggota bomba dikerahkan untuk menaikkan mangsa dari dalam perigi menggunakan teknik takal, katanya lagi.