Najib: Saya maafkan Abdul Halil
Published: Sep 23, 2005 5:03 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah memaafkan Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib berhubung satu kenyataan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terhadapnya berhubung isu bermain golf

.
Sambil menganggap perkara itu sebagai telah selesai, Timbalan Perdana Menteri berkata, Abdul Halil menemui beliau di Kementerian Pertahanan semalam untuk memohon maaf seperti yang diarahkan oleh kabinet.
"Beliau memberitahu saya, ia (kenyataan) dibuat tanpa apa-apa niat. Ianya disebut secara spontan. Jadi saya terima mohon maafnya itu," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan satu persidangan belia serantau di sini hari ini.
Abdul Halil, yang kini menjadi tumpuan umum disebabkan kos penganjuran acara-acara menjelang persaraannya dilaporkan memakan belanja yang besar, dipetik sebagai berkata di Langkawi pada Sabtu lalu bahawa beliau bermian golf di situ dengan perbelanjaan sendiri tetapi tidak ada siapa pula yang menyoal Timbalan Perdana kerana turut bermain golf di pulau peranginan itu.
Mengenai laporan bahawa pegawai-pegawai kastam enggan mengutip denda
minggu lalu, Bernama melaporkan bahawa, Najib berkata kerajaan sedang meneliti laporan Ketua Audit Negara dan akan membuat kenyataan rasmi mengenainya.

View Comments0