DAP arah artikel Ronnie Liu dikeluarkan dari lamanwebnya
Published: Sep 15, 2005 12:36 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
DAP akan mengeluarkan artikel Ronnie Liu dari lamanweb parti itu berikutan tindakan Pemuda Umno mengeluarkan gambar sendaan yang menyamakan parti pembangkang sebagai komunis, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Lim yang kini berada di Taiwan, berkata beliau telah dimaklumkan oleh kakitangannya yang Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, membuat kenyataan bahawa gambar tersebut akan ditarik balik.
L
amanweb Pemuda Umno telah menyiarkan gambar kulit depan buku biografi pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), bertajuk Alias Chin Peng: My Side of History, yang turut ditampal wajah setiausaha biro antarabangsa DAP, Ronnie Liu serta beberapa pemimpin parti pembangkang.
Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.
Laporan polis tersebut dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham semalam. Beliau mendakwa gambar tersebut memberi tanggapan bahawa individu berkenaan sama ada komunis ataupun pro-komunis.
Lim berkata, DAP mengalu-alukan tindakan Hishammuddin itu, sambil menyifatkannya sebagai "satu pengakuan bahawa para pemimpin parti pembangkang sebenaranya bukan komunis, malah tidak menyetujui cara perjuangan komunis".
"Walaupun DAP pernah menghormati Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan pada tahun 1985, iaitu 20 tahun dahulu, menteri-menteri Umno dan Pemuda Umno terus menyerang DAP di akhbar Bahasa Malaysia dan Inggeris, dengan kata-kata bohong bahawa DAP mengagung-agungkan Chin Peng dan menolak Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan," katanya.
Pendirian DAP
Dalam kenyataannya itu, Lim menegaskan pendirian DAP yang konsisten selama 39 tahun ini, iaitu:
"Pertama, peranan Tunku Abdul Rahman dalam mencapai kemerdekaan Malaysia dan sebagai Bapa Kemerdekaan, bukan sahaja tidak perlu dipersoal, malahan disokong penuh oleh rakyat Malaysia.
"Kedua, kemerdekaan bukannya tercapai dengan usaha Umno sahaja, tetapi ianya merupakan usaha kolektif kaum-kaum Tionghua, India dan Melayu, termasuk ahli-ahli Umno dan orang Melayu yang bukan Umno.
"Ketiga, DAP tidak pernah mengagung-agungkan Chin Peng atau menyokong Parti Komunis Malaya (PKM) kerana kami menolak sama sekali perjuangan menerusi keganasan dan cara-cara yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, dan DAP adalah komited untuk berjuang berpandukan rangka kerja perlembagaan untuk mencapai kebebasan politik yang lebih besar serta memajukan kedudukan ekonomi rakyat," katanya.
Mengenai artikel itu, Lim berkata: "Saya percaya Ronnie tidak mempunyai niat yang sedemikian. Ronnie telah mengatakan, beliau tidak berniat jahat terhadap ketiga-tiga bekas perdana menteri kita dalam tulisannya.
"Malah, beliau telah mengatakan bahawa mungkin cara penyampaiannya yang telah memudahkan sesetengah pihak memutarbelitkan maksud sebenarnya, dan ianya perlu diperbaiki lagi," katanya.
Sehubungan itu, Lim berkata, DAP amat menghormati bapa Hishammuddin bekas Perdana Menteri Tun Hussein Onn kerana sifat integritinya yang tidak pernah tercemar oleh sebarang skandal peribadi.
"Memandangkan Hishammuddin merasa merasa terhina dengan artikel Ronnie yang dikatakannya telah 'menghina' bapanya dan sebagai membalas tindakan Hishammuddin yang sudi menari balik gambar yang ofensif itu dari lamanweb Pemuda Umno, maka saya akan mengarahkan supaya artikel Ronnie turut dikeluarkan dari lamanweb DAP," tambahnya.
Lim yang kini berada di Taiwan, berkata beliau telah dimaklumkan oleh kakitangannya yang Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, membuat kenyataan bahawa gambar tersebut akan ditarik balik.
L
amanweb Pemuda Umno telah menyiarkan gambar kulit depan buku biografi pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), bertajuk Alias Chin Peng: My Side of History, yang turut ditampal wajah setiausaha biro antarabangsa DAP, Ronnie Liu serta beberapa pemimpin parti pembangkang. Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

View Comments0