Tempoh mohon permit perhimpunan disingkatkan kepada 5 hari
Published: Sep 11, 2005 3:00 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Tempoh memohon permit untuk mengadakan acara perhimpunan atau ceramah, dipendekkan kepada lima hari dari tarikh majlis berkenaan berbanding 14 hari sebelum ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar kepada semua Ketua Polis Daerah (KPD) di seluruh negara awal bulan ini, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Othman Talib.
Katanya arahan itu ekoran pertemuan Mohd Bakri dengan pucuk pemimpin parti PAS pada 1 Sept lepas, di mana antara isu yang dibincangkan adalah berhubung permohonan permit bagi perhimpunan dan ceramah.
"Permohonan permit boleh dikemukakan kepada Ketua Polis Daerah untuk ditimbangkan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat kejadian rusuhan di Batu Enam di sini dan Kemaman baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Kuala Terengganu hari ini.
Menurut laporan Bernama, Othman berkata kelulusan permit oleh KPD bergantung kepada soal keselamatan serta kententeraman awam di kawasan berkenaan, dan rayuan boleh dikemukakan kepada Ketua Polis Negeri jika permohonan itu ditolak.
Diminta mengulas insiden rusuhan itu membabitkan penyokong sebuah parti pembangkang, beliau mempertahankan tindakan polis menggunakan gas pemedih mata serta pancutan air bagi menyuraikan perhimpunan haram itu.
Nasihat pada orang ramai
"Wujud kewajaran kerana berdasarkan bukti, perhimpunan itu bukan sahaja haram tetapi juga telah bertukar menjadi rusuhan, dan ini terbukti dengan alat-alat yang dibawa untuk menghadiri ceramah tersebut iaitu batu dan cili boh," katanya.
Othman menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri sebarang majlis ceramah atau perhimpunan yang tidak mendapat kelulusan polis untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Hussin Ismail menafikan dakwaan parti PAS sebelum ini yang menyatakan beliau enggan berjumpa dengan pucuk pimpinan PAS negeri bagi membincangkan isu permit.
"Bukan tidak mahu berjumpa, tetapi masalahnya tentang tarikh yang sesuai untuk perjumpaan itu. Kita kalau boleh hendak membawa semua KPD untuk berjumpa dengan PAS bagi membincangkan isu ini," katanya.
Menurutnya, beliau sendiri telah berjumpa dengan Pesuruhjaya PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lalu.
Beliau seterusnya memberitahu, pada tahun lalu, hanya 27 daripada 605 ceramah yang diadakan di Terenganu mendapat permit, manakala dalam tempoh antara Januari dan Ogos tahun ini, daripada 273 ceramah dan perhimpunan yang diadakan, hanya 150 mempunyai permit.

View Comments0