Proton perlu ada rakan kongsi, kata Dr Mahathir
Published: Sep 8, 2005 3:28 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) perlu mempunyai satu rakan kongsi di mana pembuat kereta nasional itu dapat memanfaatkan di segi teknologi, kata penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Proton perlu mempunyai rakan tetapi ini pandangan saya. Malah kami sedang berunding untuk bekerjasama dengan Volkswagen yang mempunyai teknologi itu," katanya.
Mungkin Volkswagen perlu mempunyai saham dalam Proton tetapi tidak untuk mengambil alih, katanya.
"Volkswagen boleh mendapat manfaat daripada kos yang murah di Malaysia dan kita boleh mendapat manfaat di segi teknologi. Terpulang kepada mereka (pengurusan Proton), saya percaya mereka sedang berbincang tetapi saya tidak tahu kemajuannya," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas majlis makan tengah hari sempena mesyuarat Koridor Raya Multimedia (MSC) - Panel Penasihat Antarbangsa (IAP) kesembilan di Pulau Pinang.
Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Persatuan Automotif Malaysia bahawa Proton perlu satu rakan yang besar selepas syarikat induknya, Proton Holdings Bhd telah mengumumkan kerugian pra-cukai RM4.3 juta bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2005.
Menurut Bernama, pembuat kereta nasional itu berkata kerugian itu hampir keseluruhannya disebabkan peruntukan bagi hutang yang meragukan serta kos komponen yang tinggi dan jualan yang berkurangan.

View Comments0