Tekanan terhadap Thailand semakin hebat
Published: Sep 8, 2005 5:22 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Hanya beberapa bulan selepas dilanda bencana tsunami yang menjejaskan sektor pelancongannya, Thailand kini berhadapan dengan tekanan hebat di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk menamatkan keganasan di wilayah selatan negara itu yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Dengan beratus-ratus kematian dilaporkan berlaku akibat letupan bom dan senjatapi sejak kira-kira 20 bulan lalu di Yala, Pattani dan Narathiwat, negara itu kini merangka strategi dan program untuk memenangi semula hati dan perasaan penduduk Islamnya.
Dakwaan bahawa masalah di wilayah terbabit bersifat tempatan semata-mata, kini sudah tidak lagi boleh diterima, selepas 131 rakyat Islam Thailand bertindak melarikan diri ke Kelantan minggu lalu, memohon status pelarian.
Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang mendakwa tidak selamat lagi untuk terus tinggal di kampung halaman masing-masing, mencari perlindungan di Kelantan satu tindakan yang boleh mecetuskan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dengan Bangkok.
Insiden itu berlaku sehari selepas seorang imam dibunuh di Ban Lahan, dalam kawasan Sungai Padi, dan para pegawai yang menyiasat kes itu dihadang oleh penduduk yang marah dan menyalahkan pihak berkuasa terhadap pembunuhan itu.
Dengan campurtangan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Thailand kini menerima tekanan hebat untuk menyelesaikan masalah itu dan menamatkan masalah kemasukan ramai rakyatnya ke Malaysia.
Perintah eksekutif
Di Thailand, ahli politik, pegawai tentera, pemimpin agama dan penduduk kampung mempunyai pandangan yang berbeza tentang pelarian berkenaan.
Perdana Menteri Thaksin Shinawatra menolak dakwaan bahawa penduduk Islam di selatan bimbang dengan perintah eksekutif yang memberikan kuasa yang luas kepada agensi keselamatan untuk menangani masalah itu, yang memberikan para pegawainya, kekebalan undang-undang semasa melaksanakan tugas-tugas mereka.
Sebaliknya, beliau mendakwa, mereka melarikan diri kerana keganasan yang dilakukan pengganas, dan beliau menyalahkan penduduk tempatan kerana tidak mahu bekerjasama dengan -pegawai kerajaan untuk mengenal pasti mereka yang menimbulkan masalah.
Menurut laporan Bernama, beliau seterusnya menggesa wartawan negara itu supaya berhenti daripada membuat laporan berhubung insiden berkenaan kerana ia sudah pasti akan memalukan negara.
Bagaimanapun, beberapa akhbar tempatan melaporkan, penduduk di Ban Lahan menafikan ada kalangan mereka yang memohon status pelarian di Malaysia, dan sebaliknya berkata pelarian itu sebenarnya adalah dari kampung lain.
Beberapa anggota tentera dan pegawai polis percaya, pelarian itu adalah mereka yang melintasi sempadan semata-mata untuk mencari kerja, dan tidak ada kena mengena dengan keganasan di wilayah selatan Thai.
Sejak Januari 2004, lebih 800 orang terkorban akibat keganasan di tiga wilayah selatan Thai, di mana lebih 80 peratus penduduknya beragama Islam. Kumpulan yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara Islam merdeka, dipersalahkan walaupun ada sesetengah pegawai
Thailand sendiri percaya, sebahagiannya berpunca daripada sindiket dadah.
Melarikan diri
Insiden terbaru itu, telah mengakibatkan pemimpin Islam di Thailand menggesa kerajaan supaya menyelesaikan masalah itu secepat mungkin kerana mereka bimbang lebih ramai akan melintasi sempadan negara untuk melarikan diri.
Ada laporan menyebut, ramai lagi penduduk sedang menunggu di Betong untuk melintasi sempadan negara untuk ke Pengkalan Hulu di Perak.
Pengerusi Jawtankuasa Islam Narathiwat, Abdulrohman Abdulsamad berkata, maklum balas dari penduduk tempatan, mendapati mereka tidak percaya dengan usaha gigih kerajaan mencari pengganas di kawasan mereka.
Mereka bimbang sekiranya berulang lagi insiden di masjid Krue Se pada 28 April 2004 dan daerah Tak Bai pada 25 Oktober tahun lalu, di mana ramai terkorban di tangan pasukan keselamatan.
Sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menyelesaikan masalah itu, Thaksin membentuk Suruhanjaya Perdamaian Nasional untuk mencari punca sebenar masalah di selatan itu. Dan melalui dialog suruhanjaya itu dengan penduduk tempatan, mereka didapati tidak senang dengan perintah eksekutif, yang dianggap oleh penduduk Islam di selatan sebagai "lesen membunuh".
Keganasan harian sedang mempengaruhi kehidupan setiap lapisan masyarakat. Beribu-ribu guru telah memohon untuk bertukar, pemimpin-pemimpin masyarakat bimbang dengan pertempuran antara pengikut Buddha dengan penduduk Islam, dan petani menderita apabila tiada pembeli yang sudi datang ke selatan Thai untuk membeli hasil mereka, manakala pelancong pula
langsung tidak sudi melawat kawasan berkenaan.
Belajar jawi
Keadaan itu bertambah buruk apabila pengganas meminta supaya perniagaan ditutup pada hari Jumaat. Kerana tekanan hebat itu, Thaksin memulakan beberapa rancangan untuk memastikan kebajikan penduduk miskin di kawasan berkenaan terpelihara.
Kerajaan menganjurkan pasar minggu pada hari Jumaat, membeli hasil-hasil pertanian secara terus dari petani dan menawarkan pengampunan kepada pengganas yang menyerah. Kabinet Thai juga meluluskan peruntukan lebih 110 juta baht untuk membina sekolah di selatan, manakala para pelajar diberikan lebih banyak peluang untuk mempelajari Jawi dan pengajian agama di sekolah kerajaan.
Isteri Thaksin, Potjaman mengetuai isteri menteri-menteri kabinet dalam lawatan bertemu dengan penduduk tempatan di wilayah berkenaan untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan keyakinan penduduk di situ, manakala para penghibur juga dibawa masuk bagi tujuan yang sama.
Bagaimanapun, beberapa rancangan kerajaan tidak dapat diterima penduduk berkenaan, antaranya, langkah meminta syarikat pengendali stesen televisyen berbayar United Broadcasting Corporation (UBC), meluaskan liputannya ke kawasan tersebut.
Walaupun saluran televisyen kabel sudah sedia ada di kawasan itu, pihak berkuasa mahukan supaya sasarannya sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih luas, terutama di kalangan belia yang lebih mudah terdedah kepada pengaruh pengganas.
Dengan semua rancangan diatur rapi, pihak berkuasa berharap untuk memenangi kembali hati penduduknya yang beragama Islam, lebih-lebih lagi apabila ada pihak berpendapat, insiden terbaru itu adalah sebahagian daripada usaha pihak pengganas untuk mengheret pembabitan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC).
Dengan beratus-ratus kematian dilaporkan berlaku akibat letupan bom dan senjatapi sejak kira-kira 20 bulan lalu di Yala, Pattani dan Narathiwat, negara itu kini merangka strategi dan program untuk memenangi semula hati dan perasaan penduduk Islamnya.
Dakwaan bahawa masalah di wilayah terbabit bersifat tempatan semata-mata, kini sudah tidak lagi boleh diterima, selepas 131 rakyat Islam Thailand bertindak melarikan diri ke Kelantan minggu lalu, memohon status pelarian. Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang mendakwa tidak selamat lagi untuk terus tinggal di kampung halaman masing-masing, mencari perlindungan di Kelantan satu tindakan yang boleh mecetuskan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dengan Bangkok.

View Comments0