Cukai jalan turun 25 hingga 80 peratus
Published: Sep 7, 2005 11:06 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Cukai jalan diturunkan antara 25 dan 80 peratus berkuatkuasa 12 September ini sebagai antara langkah segera kerajaan untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa cukai jalan bagi bas sekolah kini hanya RM2 setahun berbanding RM10 sebelum ini, manakala pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti kurang daripada 1,000 cc cuma perlu membayar cukai jalan RM30 setahun.
Bagi kenderaan persendirian berkapasiti 1,000 cc hingga 1,600 cc pula cukai jalan dikurangkan 50 peratus dan kadar yang sama juga dikenakan bagi motosikal berkapasiti 151 cc hingga 250 cc.
Pada masa ini, motosikal berkapasiti di bawah 150 c.c. tidak dikenakan cukai jalan.
Untuk mengurangkan kos kendalian perniagaan, cukai jalan bagi semua jenis kenderaan komersial diturunkan sebanyak 25 peratus.
Kerajaan juga mengumumkan ia tidak bercadang menaikkan harga petrol, diesel dan gas memasak sehingga hujung tahun ini dan memutuskan supaya kadar tol semua lebuh raya tidak dinaikkan bagi tahun ini dan tahun hadapan.
"Kerajaan berharap pemberian potongan cukai jalan dan pengekalan kadar tol ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengusaha malahan juga kepada pengguna," kata kenyataan itu.
Pejabat Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah kadar bantuan yang diberi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang tua dan golongan daif untuk membolehkan mereka hidup dengan lebih selesa.
Menurut laporan Bernama, kadar bantuan kanak-kanak juga akan ditambah bagi memberi manfaat kepada anak-anak yatim, miskin atau yang kurang bernasib baik daripada keluarga yang hilang mata pencarian, tidak berkemampuan kerana keuzuran, kecacatan atau berpenyakit.
Menurut kenyataan itu, langkah selanjutnya untuk meringankan beban rakyat akan diumumkan dalam Bajet 2006 yang akan dibentangkan pada 30 September ini.
Jangan ambil kesempatan
Kerajaan memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.
Langkah penguatkuasaan akan dipertingkatkan supaya kebajikan pengguna akan dapat dipelihara. Bilangan anggota penguatkuasa akan ditambah dan tindakan bersepadu antara agensi berkaitan akan diambil untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.
Menurut kenyataan itu, sungguhpun harga minyak Malaysia tidak setinggi seperti terdapat dalam pasaran antarabangsa kerana pemberian subsidi oleh kerajaan, harga barangan didapati telah meningkat.
Indeks Harga Pengguna meningkat 2.8 peratus bagi Januari-Jun 2005 dan 3 peratus bagi Julai, dan kenaikan ini mungkin telah menjejaskan sedikit kuasa beli pengguna.
Kerajaan memberi amaran akan membatalkan lesen jika didapati ada peniaga yang secara berulang menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.
Menurut kenyataan itu, kerajaan amat prihatin kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah sehingga US$71 (RM267) setong pada 30 Ogos lalu.
Selama ini kerajaan menyediakan subsidi bagi petroleum dan memberi pengecualian cukai jualan untuk produk petroleum.
"Tanpa subsidi dan pengecualian cukai, harga minyak petrol. diesel dan gas memasak akan berada di tahap hampir dua kali ganda harga yang dibayar sekarang," menurut kenyataan itu.
Pada tahun 2003 kerajaan menanggung subsidi dan kehilangan hasil cukai berjumlah RM6.6 bilion dan jumlah ini meningkat kepada RM11.9 bilion pada tahun lalu.
Tahun ini, jumlah itu dianggar meningkatkan lagi kepada RM16 bilion iaitu RM1.4 bilion lebih tinggi daripada anggaran yang dibuat semasa kenaikan harga minyak pada 31 Julai lalu.
Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa walaupun kerajaan telah menaikkan harga minyak dengan tujuan mengurangkan subsidi, namun pada hakikatnya jumlah subsidi semakin bertambah akibat daripada kenaikan harga yang ketara di pasaran antarabangsa.
Kenaikan kadar tol
Sementara itu, Menteri Kerjaraya Datuk S Samy Vellu berkata kabinet ini memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol di semua lebuh raya termasuk di Jambatan Pulau Pinang pada tahun ini dan tahun depan.
Katanya, pada tahun ini, hanya Syarikat Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), pengendali jambatan Pulau Pinang, sepatutnya menaikkan kadar tol jambatan itu mengikut perjanjian antara kerajaan dan syarikat itu.
"Bagaimanapun berikutan keputusan kabinet hari ini, syarikat PBSB tidak akan dibenarkan untuk menaikkan kadar tol pada tahun ini," katanya hari ini.
Kerajaan sebelum ini tidak membenarkan PBSB untuk menaikkan kadar tol jambatan itu sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1998 dan 2003 menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan.
Bulan lalu, PBSB mengumumkan ia telah meminta kerajaan menaikkan kadar tol kereta persendirian daripada RM7 kepada RM8.50.
Samy Vellu berkata berikutan keputusan kabinet hari ini Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan PBSB mengenai jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat itu.
Beliau berkata pada tahun hadapan tidak akan ada kenaikan tol oleh mana-mana syarikat konsesi mengikut perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat itu.
Kebanyakan syarikat konsesi akan hanya menaikkan kadar tol di lebuh raya masing-masing pada tahun 2007 dan 2008 mengikut perjanjian antara mereka dan kerajaan.
Keputusan kabinet hari ini adalah untuk meringankan beban rakyat khususnya pengguna lebuh raya berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, katanya.
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa cukai jalan bagi bas sekolah kini hanya RM2 setahun berbanding RM10 sebelum ini, manakala pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti kurang daripada 1,000 cc cuma perlu membayar cukai jalan RM30 setahun.
Bagi kenderaan persendirian berkapasiti 1,000 cc hingga 1,600 cc pula cukai jalan dikurangkan 50 peratus dan kadar yang sama juga dikenakan bagi motosikal berkapasiti 151 cc hingga 250 cc. Pada masa ini, motosikal berkapasiti di bawah 150 c.c. tidak dikenakan cukai jalan.

View Comments0