SPR tidak nafi IC pengundi Likas diragui
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menafikan wujud sebilangan kecil kad pengenalan yang "diragui" milik pengundi-pengundi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas yang tamat hari ini.
"Ada sebilangan kecil (pengundi) ditolak bukan kerana kad pengenalan palsu tetapi butir-butir dalam kad pengenalan diragui," jelas Setiausaha SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada malaysiakini sebentar tadi.
Beliau menjelaskan, bantahan calon-calon pembangkang siang tadi hanya melibatkan sejumlah kecil pengundi.
Bantahan sebelum ini tidak diterima SPR apabila mendapati daftar pemilih boleh diterima setelah ia dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang mengeluarkan kad pengenalan.
Apabila ditanya siasatan terhadap pengundi yang ditahan oleh jentera-jentera pilihanraya pembangkang dan diserahkan kepada polis, Wan Ahmad berkata, "mestilah, polis akan menyiasat."
Dalam proses undian pagi tadi, malaysiakini difahamkan sekurang-kurangnya dua orang pengundi disyaki memiliki kad pengenalan palsu.

Parti Keadilan Nasional menghantar bantahan bertulis kepada wakil suruhanjaya itu tetapi bantahan di kawasan mengundi Bandar Utara tidak diterima. Parti itu kemudiannya membuat aduan polis berhubung keengganan SPR menerima bantahan tersebut.
Sebelum itu, keputusan pilihanraya di Dewan Maksak, Likas jam 9 malam ini menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional Datuk Yong Teck Lee yang meraih 9,758 undi dan majoriti 7,541 undi.
Sementara calon-calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong memperolehi 2,217 undi, Keadilan Christina Liew (1,724 undi) dan calon bebas Joshua Kong (50). Undi rosak 114.
Dalam pilihanraya kecil ini, hanya 52.95 peratus daripada 26,196 pemilih keluar mengundi. Daftar pemilih yang digunakan hari ini dikemaskini pada 27 Jun lalu.
Yong mengakui Keadilan, yang pertama kali bertanding dalam pilihanraya di peringkat DUN di negeri itu, memberikan cabaran yang hebat kepadanya.
"Sudah enam kali bertanding, tidak pernah saya nampak begitu mencabar terutama (kempen) Keadilan," katanya di dewan penjumlahan undi itu, selepas kemenangannya diumumkan.
Tambahnya, kemenangannya itu menunjukkan rakyat Sabah menolak sekeras-kerasnya "politik ganas" yang dibawa oleh Keadilan.