Rafidah: Kami hanya berpeluk tanpa berkata apa-apa
Published: Sep 1, 2005 6:41 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz berkata beliau tidak ada berkata apa-apa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mereka bertemu di majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-48 di Putrajaya semalam.
Semalam merupakan pertemuan Datuk Seri Rafidah Aziz dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penasihat Proton, selepas tercetusnya isu AP kereta import antara mereka berdua.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz berkata beliau tidak ada berkata apa-apa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mereka bertemu di majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-48 di Putrajaya semalam.
Beliau berkata mereka berdua hanya berpeluk tanpa "berkata apa-apa".
"Kami saja peluk, (itu sahaja)," katanya ketika ditanya mengenai apa yang diperkatakan kepada Dr Mahathir dalam pertemuan singkat itu yang memperlihatkan beliau menangis ketika memeluk bekas ketuanya itu.
"Tidak ada apa-apa, tak ada kata apa-apa. Tak payah, kita tidak payah bercakap pun," katanya kepada wartawan selepas menyaksikan Penganugerahan ISO/TS16949:2002 oleh Sipro Plastic Industries Sdn Bhd di Shah Alam hari ini.
Semalam merupakan pertemuan Rafidah dengan Dr Mahathir yang juga penasihat Proton selepas tercetusnya isu AP kereta yang menyaksikan mereka sering mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi tersebut.
Ditanya mengapa beliau menangis semasa bertemu dengan Dr Mahathir semalam, Rafidah berkata ia kerana beliau merasakan dirinya terlalu rapat dengan Dr Mahathir.
Beliau berkata perasaan sedemikian adalah biasa apabila seeorang itu rapat dengan seseorang.
"Kenapa saya menangis? Saya beritahu anda... saya sentiasa merasakan sangat rapat dengan Tun (Mahathir).
'Tak payah ulas'
"Seperti juga, apabila anda merasakan rapat dengan seseorang. Anda hendaklah memahami, anda manusia biasa. Tak payah ulaslah," kata beliau.
Ditanya apakah Dr Mahathir berkata apa-apa kepadanya, beliau berkata bekas Perdana Menteri itu hanya berkata "o.klah, o.klah, o.klah".
Menurut laporan Bernama, Rafidah berkata beliau tidak mahu mengulas atau bercerita banyak mengenai episod itu.
Rafidah berkata pertemuan dengan Dr Mahathir itu merupakan yang pertama sejak sekian lama memandangkan bekas Perdana Menteri itu berada di luar negara.
Katanya, beliau akan berjumpa Dr Mahathir sekali lagi di Pulau Pinang minggu depan.
"Saya kata kepada Tun (Mahathir) adakah anda akan ke Pulau Pinang...Ya...jadi saya jumpa anda di sana," katanya.
Ditanya sama ada beliau merasa lega sekarang, Rafidah berkata : "Tidak ada. Anda tahu, anda jumpa buat pertama kali. Sebenarnya, saya belum berjumpa dengan beliau. Dia tidak ada, luar negara," katanya.
Rafidah menegaskan antara beliau dan Dr Mahathir tidak berlaku salah faham.
"Tidak...salah faham...tidak ada. Anda hendaklah melihat lebih daripada ini", kata beliau.
Beliau berkata mereka berdua hanya berpeluk tanpa "berkata apa-apa".
"Kami saja peluk, (itu sahaja)," katanya ketika ditanya mengenai apa yang diperkatakan kepada Dr Mahathir dalam pertemuan singkat itu yang memperlihatkan beliau menangis ketika memeluk bekas ketuanya itu. "Tidak ada apa-apa, tak ada kata apa-apa. Tak payah, kita tidak payah bercakap pun," katanya kepada wartawan selepas menyaksikan Penganugerahan ISO/TS16949:2002 oleh Sipro Plastic Industries Sdn Bhd di Shah Alam hari ini.

View Comments0