Tiga terbunuh, 21 cedera dalam letupan bom di selatan Thai
Published: Sep 1, 2005 2:00 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Terjemahan Tiga orang termasuk dua anggota polis terbunuh dan 21 orang lagi cedera dalam satu siri letupan dan kejadian tembak-menembak di wilayah selatan Thailand yang sedang bergolak.
Menurut polis, tiga letupan berlaku hampir serentak di bandar Sungai Golok, di sempadan Malaysia, yang mencederakan 15 orang termasuk empat orang cedera parah.

"Sejumlah orang yang tidak dikenal telah memasang bahan letupan dalam beg plastik dan meletakkannya di (tiga lokasi) dan meletupkannya dengan menggunakan telefon bimbit," kata Polis Sungai Golok dalam satu kenyataan.
Bahan letupan tersebut mula meletup pada jam 8.35 malam pertama di sebuah karaoke dan disusuli dengan letupan di dua buah hoteal Hotel Plaza dan Hotel Genting.
Mangsa yang tercedera termasuk seorang pelancong lelaki rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Ah Hua, yang cedera di perutnya selepas terkena serpihan letupan, dan seorang pekerja rakyat Laos yang tidak disebut namanya.
Di Wilayah Pattani pula, seorang yang disyaki anggota kumpulan pemisah Islam, memasang sebelas butir bom di dua jambatan dalam cubaan untuk meletupkannya di daerah Nongchik.
"Terdapat sebelas butir bom yang diikat pada tiang kedua-dua jambatan tersebut, tetapi hanya beberapa sahaja yang meletup," kata Gabenor Pattani, Cherdpan Na Songkhla. Tiada yang cedera dalam letupan tersebut.
Anggota polis terbunuh
Panglima tentera Thai bagi wilayah selatan, Lt-Jen Kwanchart Klaharn berkata, anggota militan telah meningkatkan serangan bom di wilayah selatan yang bersempadan dengan Malaysia berikutan peningkatan gerakan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa.
"Terdapat beberapa kejadian letupan bom baru-baru ini kerana puak militan mahu memperlihatkan kemampuan mereka dan untuk membuktikan yang mereka masih mampu melancarkan serangan," katanya kepada pemberita.
Dalam kejadian letupan ketiga, seorang pegawai polis yang sedang mengiringi guru-guru ke sekolah terbunuh dan rakannya dan dua orang guru cedera dalam satu letupan di daerah Sungai Padi dalam wilayah Narathiwat awal hari ini.
Menurut polis, Sarjan Thaworn Raknim mati dalam letupan di tepi jalan ketika dia dan seorang anggota polis, yang tercedera, sedang mengiring guru-guru ke sekolah.
Sebutir lagi bom yang dipasang di pasu pokok di bandar Narathiwat, meletup awal hari ini dan mencederakan tiga orang penduduk.
Umat Islam ditahan
Menurut polis lagi, dalam satu lagi kejadian, seorang pegawai polis peronda lebuhraya ditembak mati di wilayah Pattani ketika sedang berkawal di sebuah pondok kawalan di lebuhraya Pattani-Hat Yai pada malam Rabu.
Dan di Wilayah Yala, seorang guru agama, Abduloh Malee, 38, ditembak di kepalanya oleh dua penembak awal hari ini, ketika dia dalam perjalanan ke Sekolah Agama Pattana Wittaya. Dia mati ditempat kejadian .
Manakala laporan di Malaysia pula menyebut kira-kira 131 umat Islam Thailand, termasuk wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari wilayah yang bergolak itu di mana 900 orang terkorban sepanjang tempoh 20 bulan lalu.
Menurut agensi berita Bernama, mereka dilaporkan kini berlindung di beberapa buah masjid di Kelantan yang bersempadan dengan Thailand.
Akhbar New Straits Times pula memetik sumber-sumber yang berkata, mereka bimbang beribu-ribu lagi penduduk selatan Thai akan menyeberang ke Malaysia dalam tempoh beberapa hari akan datang.
- AFP
Menurut polis, tiga letupan berlaku hampir serentak di bandar Sungai Golok, di sempadan Malaysia, yang mencederakan 15 orang termasuk empat orang cedera parah.
"Sejumlah orang yang tidak dikenal telah memasang bahan letupan dalam beg plastik dan meletakkannya di (tiga lokasi) dan meletupkannya dengan menggunakan telefon bimbit," kata Polis Sungai Golok dalam satu kenyataan. Bahan letupan tersebut mula meletup pada jam 8.35 malam pertama di sebuah karaoke dan disusuli dengan letupan di dua buah hoteal Hotel Plaza dan Hotel Genting.

View Comments0