Harga runcit petrol turun 3sen untuk minggu mendatang manakala harga diesel pula merosot 7sen.

Mulai jam 12.01 tengah malam ini, petrol RON95 akan dijual dengan harga RM2.16 seliter (sekarang RM2.19), RON95 akan dijual pada harga RM2.46 (sekarang RM2.49) dan diesel pula RM2.10 seliter (sekarang RM2.17).

Penurunan itu pasti melegakan orang ramai yang pulang ke kampung halaman menjelang Deepavali dan cuti sekolah minggu depan.

Harga baru diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini berkuat kuasa bermula esok hingga 18 Oktober.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada April lalu.

Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.