(title is missing)
Published: Aug 20, 2005 4:05 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Sah! Timbalan Presiden Gerakan Datuk Kerk Choo Ting akan mencabar Datuk Seri Lim Keng Yaik bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti itu minggu depan.

Kerk tiba bersama para penyokongnya setengah jam sebelum tempoh pencalonan tamat di ibu pejabat Gerakan di Cheras pasti ini untuk mendaftarkan hasratnya bertanding jawatan presiden parti itu.
Sementara itu, Lim mengemukakan borang pencalonannya melalui ejennya bersama-sama Naib Presiden Tan Sri Dr Koh sejurus selepas jam 10 pagi tadi.
Lim mahu mempertahankan jawatan presiden Gerakan yang disandangnya manakala Dr Koh, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, bertanding jawatan timbalan presiden.
Apabila pencalonan ditutup pada jam 12 tengahari, Dr Koh diisytiharkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden kerana tiada pencalonan lain diterima.
Lim, yang menjadi tetamu di majlis perasmian perhimpunan agung MCA pagi ini, bergegas ke ibu pejabat Gerakan untuk mengadakan sidang akhbar selepas dimaklumkan mengenai cabaran Kerk.
"Saya kecewa dan sedih kerana semua ini berlaku. Semuanya telah berlaku. Tetapi saya harap beliau (Kerk) tidak bertanding (jawatan presiden) kerana didorong oleh perasaan marah dan kekecewaan," katanya. Dr Koh hadir sama di sidang akhbar tersebut.
Di satu sidang akhbar, Kerk menafikan yang beliau mencabar Dr Lim bagi jawatan presiden Gerakan kerana marah dan kecewa.
"Ini adalah hasrat ahli di peringkat akar umbi. Secara peribadi, saya tidak berminat untuk bertanding," katanya.
Walaupun Kerk berkata 'pintu' rundingan masih terbuka, tetapi masanya sudah terlalu suntuk kerana pemilihan Gerakan akan berlangsung Ahad depan.
Kecewa dengan Dr Lim
Memang sudah menjadi pengetahuan umum yang Kerk kecewa dengan tindakan Dr Lim yang menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Koh, dan terdapat spekulasi sejak beberapa bulan lalu bahawa akan berlaku perebutan bagi jawatan timbalan presiden.
Dalam pertemuan pada saat-saat terakhir dua hari lalu, beliau gagal untuk memujuk Kerk supaya melepaskan jawatan timbalan presiden.
Bagaimanapun, Kerk sebaliknya tidak bertanding mempertahankan jawatan timbalan presiden tetapi mengambil keputusan untuk mencabar Dr Lim bagi jawatan presiden parti itu.
Penganalisa politik berpendapat, walaupun Kerk dijangka tidak mampu menewaskan Dr Lim tetapi tindakannya itu dianggap satu tindak 'nekad' yang mungkin mengakhir karier politiknya dalam Gerakan.
Kerk tiba bersama para penyokongnya setengah jam sebelum tempoh pencalonan tamat di ibu pejabat Gerakan di Cheras pasti ini untuk mendaftarkan hasratnya bertanding jawatan presiden parti itu. Sementara itu, Lim mengemukakan borang pencalonannya melalui ejennya bersama-sama Naib Presiden Tan Sri Dr Koh sejurus selepas jam 10 pagi tadi.

View Comments0