Selepas beberapa kali penangguhan, cukai pelancongan akan dimulakan pada 1 September ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata kastam sudah menyediakan mekanisme kutipan dan pegawai-pegawai kementeriannya akan memastikan semua hotel yang layak didaftarkan untuk skim itu.

“Kita sudah sedia.

“Saya dimaklumkan oleh jabatan kastam bahawa mereka akan bersedia sebelum 1 September.

“Kita mesti bermula pada satu masa, jadi tahun ini, kita kena mula pada 1 September,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur.

Melalui skim itu kerajaan dijangka mengutip RM200 juta pada tahun pertama.

Sepuluh peratus daripada kutipan akan disalurkan kepada kerajaan negeri terlibat dan selebihnya akan digunakan kementerian pelancongan untuk promosi dan pembangunan kemudahan pelancongan.

[Baca berita asal]