Dasar UIA merugikan diri sendiri
Generasi Moden UIADiterbitkan: Aug 18, 2005 5:23 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Saya terpanggil untuk menulis apabila membaca tulisan Heidi Mehdi bertajuk UKM semakin primiti.
Pengalaman saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) juga menarik. Biasanya jika seseorang pensyarah memilih untuk meletak jawatan, mereka akan 'didendami' dan tidak akan diberi laluan untuk mengajar secara sambilan di UIA. Walhal, khidmat dan kepakaran pensyarah tersebut amat diperlukan bagi melahirkan ilmuwan terbilang.
Contohnya, saya pernah diberitahu bahawa Prof Madya Dr Daud Bakar, bekas Timbalan Rektor UIA yang meletakkan jawatan, tidak diberi laluan untuk mengajar di UIA secara sambilan.
Kepakaran Prof Madya Dr Daud Bakar dalam perbankan Islam dan Takaful amat dikagumi bukan sahaja oleh pengamal perbankan di Malaysia, malah oleh masyarakat antarabangsa.
Jadi, tidak mustahil beliau dilantik sebagai konsultan syariah di Arab Saudi, Dubai dan lain-lain negara. Beliau juga turut diundang untuk menjadi pensyarah pelawat di universiti di Switzerland dan Singapura. Alangkah ruginya dasar UIA yang sedemikian.
Sepatutnya, UIA menimbang semula dasar itu yang telah berlangsung semenjak sekian lama. Hal ini amatlah merugikan, bukan sahaja kepada cita-cita UIA untuk menjadi universiti terunggul di dunia, bahkan merugikan para pelajarnya yang bakal memimpin generasi akan datang.