IPU di Pelabuhan Klang turun kepada 486
Published: Aug 11, 2005 10:59 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Kelang turun kepada 486, berbanding 529 pada jam 11 pagi ini. Manakala bacaan IPU bagi Kuala Selangor juga turun empat mata kepada 527, berbanding 531 pagi tadi.

Ini berdasarkan kepada bacaan IPU yang dicatatkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada jam 5 petang tadi yang disiarkan dalam lamanweb jabatan berkenaan petang ini.
Bagaimanapun, IPU di Shah Alam meningkat daripada 371 pagi tadi kepada 430 jam 5 petang ini. Begitu juga IPU bagi kawasan Gombak yang meningkat daripada 234 kepada 305 petang ini.
Turut meningkat ialah bacaan IPU di Country Height, Kajang (189 kepada 204) dan Seremban (131 kepada 140), Nilai (170 kepada 175).
Bacaan IPU menurun di Petaling Jaya (349 kepada 326), Kuala Lumpur (321 kepada 295), Putrajaya (364 kepada 354), Bukit Rambai, Tanjung Malam (132 kepada 127), Melaka (118 kepada 113), Jerantut (121 kepada 116).

View Comments0