MCA perlu kepimpinan berpasukan, bukannya pemimpin superman
Published: Aug 10, 2005 5:45 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata MCA memerlukan pemimpin yang percayakan konsep bekerja sebagai satu pasukan sambil menegaskan bahawa 'tiada mana-mana individu boleh melakukan keajaiban dan menjadi Superman' dalam parti itu.

Oleh itu, katanya para perwakilan MCA seramai 2,300 orang ke perhimpunan agung parti itu pada 20 Ogos ini, perlu memilihan calon yang sedia bekerja sebagai satu pasukan.
Sambil menegaskan pentingkan bekerja secara berpasukan, beliau berkata: "Tiada mana-mana individu boleh melakukan keajaiban dan menjadi Superman."
Oleh itu, beliau berharap perwakilan akan memilih pemimpin yang dinamik dan percaya konsep berkerja sebagai satu pasukan, mempunyai aspirasi masyarakat dalam sanubari mereka, tidak mementingkan diri dan mementingkan pembinaan negara.
"Saya berharap calon yang berjaya adalah mereka yang dapat bekerja sebagai satu pasukan dan akan melaksanakan perancangan untuk masa depan dan meneruskan usaha yang sedang kita laksanakan," katanya kepada Bernama.
Ong akan dicabar bekas naib presiden MCA dan bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng (foto). Jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Datuk Seri Chang Kong Choy empat jawatan naib presiden, juga akan menyaksikan pertandingan.
Ong berikrar untuk meneruskan usaha menyatukan dan menstabilkan parti dan memperkenalkan budaya politik sihat, sekiranya dipilih pada pemilihan parti 20 Ogos ini.

Sejak Ong dan Chan (foto) dipilih oleh jawatankuasa pusat parti pada Mei 2003 selepas Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek meletak jawatan MCA antara lain, telah memperkenalkan had penggal (maksimum sembilan tahun) bagi jawatan presiden.
Konsep 'Rakyat Malaysia'
Parti itu turut merapatkan jurang antara bahagian dari segi jumlah perwakilan yang mereka boleh hantar ke perhimpunan agung tahunan dan mengadakan kursus latihan bagi perwakilan yang dipilih dan ahli yang dilantik ke jawatan kerajaan.
"Itu semua merupakan beberapa perkara yang telah kami lakukan dan kami akan meneruskannya," kata Ong.
Mengenai isipati ucapan dasar presiden kali ini, Ong berkata, beliau akan menyentuh konsep "Rakyat Malaysia" yang diperkenalkannya dalam perhimpunan lalu.
Beliau akan bercakap lebih banyak mengenai kebimbangan masyarakat Cina dan cadangan MCA dan harapan kepada negara, terutamanya berkaitan Rancangan Malaysia Kesembilan.
"Tempoh lima tahun akan datang akan berkait rapat dengan bagaimana kita dapat meningkatkan daya saing, memodenkan ekonomi dan pertanian kita, membantu SME (Usahawan Kecil dan Sederhana), menggunakan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) secara efektif dan terutamanya menghadapi cabaran globalisasi, dan bagaimana untuk mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan pembasmian kemiskinan," katanya.
Masyarakat juga, katanya, mahukan jaminan mengenai pendidikan bahasa ibunda mereka dan kebebasan beragama.
Dalam sejarah 56 tahun parti itu, Ong berkata para pemimpin sebelum ini telah menyediakan asas yang kukuh dan meraih banyak kejayaan.
"Kita belajar dari pengalaman lepas mereka, memperoleh kebijaksanaan dari semua perkara yang berlaku di masa lalu. Dan dengan semua ini, kita boleh merancang masa depan dan menangani masalah di hadapan kita," katanya.
Oleh itu, katanya para perwakilan MCA seramai 2,300 orang ke perhimpunan agung parti itu pada 20 Ogos ini, perlu memilihan calon yang sedia bekerja sebagai satu pasukan. Sambil menegaskan pentingkan bekerja secara berpasukan, beliau berkata: "Tiada mana-mana individu boleh melakukan keajaiban dan menjadi Superman."
Oleh itu, beliau berharap perwakilan akan memilih pemimpin yang dinamik dan percaya konsep berkerja sebagai satu pasukan, mempunyai aspirasi masyarakat dalam sanubari mereka, tidak mementingkan diri dan mementingkan pembinaan negara.
"Saya berharap calon yang berjaya adalah mereka yang dapat bekerja sebagai satu pasukan dan akan melaksanakan perancangan untuk masa depan dan meneruskan usaha yang sedang kita laksanakan," katanya kepada Bernama.
Ong akan dicabar bekas naib presiden MCA dan bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng (foto). Jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Datuk Seri Chang Kong Choy empat jawatan naib presiden, juga akan menyaksikan pertandingan. Ong berikrar untuk meneruskan usaha menyatukan dan menstabilkan parti dan memperkenalkan budaya politik sihat, sekiranya dipilih pada pemilihan parti 20 Ogos ini.

View Comments0