UKM tamatkan perkhidmatan Prof P Ramasamy
Nurul NazirinPublished: Aug 5, 2005 7:24 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Tokoh akademik tidak asing lagi, Prof P Ramasamy telah dipecat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau mendakwa ia berpunca daripada pandangannya yang kritikal mengenai banyak isu yang menyentuh dasar-dasar kerajaan.

"Jelas sekali saya telah menjadi mangsa dan didiskriminasikan kerana banyak bercakap dan kritikal mengenai banyak isu," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Petaling Jaya hari ini.
Pensyarah kanan kajian sains politik itu, menerima surat daripada pihak pentadbiran universiti tersebut Selasa lalu, memaklumkan bahawa kontrak perkhidmatannya tidak akan disambung.
Antara lain, surat itu menyebut, pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai profesor dengan sebulan notis dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 2005. Surat itu ditandatangani oleh Pendaftar Jabatan Sumber Manusia, Taip Abu.
Bagaimanapun, surat tiga muka itu tidak menyatakan sebarang alasan mengapa keputusan itu dibuat.
Kenyataan kontroversi
Beliau percaya ia ada kaitannya dengan tulisan dan ceramahnya mengenai isu-isu sosial dan politik, seperti kekurangan ruang demokrasi, nasib masyarakat India, eksploitasi pekerja dan yang terbaru mengenai tindakan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menarik balik pengiktirafan terhadap Universiti Crimea Medical State (UCMS).
Prof Ramasamy yang bersara pada 10 Mei lalu mendakwa, kecemerlangan akademik tidak lagi dinilai melalui pengajaran dan sumbangan intelektual, tetapi berdasarkan kepada hubungan persahabatan para pensyarah dengan pihak pentadbiran untuk mendapat kenaikan pangkat dan sambungan kontrak.
Beliau bersara pada 10 Mei lalu dan berikutan itu, perkhidmatannya disambung semula secara secara kontrak bulanan untuk tempoh dua tahun sehingga 9 Mei 2007.
Ketika dihubungi, seorang pegawai di fakulti sains sosial dan kemanusiaan UKM mengesahkan yang beliau telah menerima salinan surat penamatan perkhidmatan Prof Ramasamy.
Walaupun tidak pasti sebabnya, pegawai berkenaan berkata adalah menjadi amalan biasa bagi pihak universiti dan pihak pensyarah memberi sebulan notis bagi mereka yang berkhidmat secara kontrak, tanpa menyatakan sebab-sebabnya.
Naib Canselor UKM, Datuk Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin tidak dapat dihubungi mengenai perkara tersebut.
Soal maruah
Sementara itu, Prof Ramasamy berkata, untuk melayakkan perkhidmatan disambung, para pensyarah diwajibkan menerbit dan membentangkan sebuah buku tulisannya.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, terdapat pensyarah di UKM yang tidak berbuat demikian, tetapi diberi setahun lanjutan perkhidmatan.
"Terdapat kes-kes di universiti ini di mana yang bukan profesor pun diberi dua tahun lanjutan perkhidmatan. Jadi pada asasnya, ianya adalah mengenai sama ada anda suka orang berkenaan atau tidak, sama ada dia ahli Umno atau sama ada dia bermain golf dengan anda. Inilah kriterianya," katanya.
Ramasamy, yang berkhidmat sebagai pensyarah selama 24 tahun di universiti tersebut, berkata beliau diberi amaran oleh pihak pentadbiran kerana menulis dan menerbitkan tulisan yang kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan.
Beliau enggan membuat rayuan tetapi sebaliknya menuntut pihak universiti itu mengambilnya berkhidmat semula untuk kontrak dua tahun, selaras dengan syarat-syarat berhubung perkhidmatan semula kakitangan yang bersara.
"Saya tidak akan membuat rayuan. Bagi saya, ini soal maruah. Mengapa saya perlu merayu," katanya ketika menjawab soalan wartawan.
Ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang, Prof Ramasamy berkata, beliau belum memutuskannya lagi.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang hadir di sidang akhbar itu, menyifatkan tindakan UKM itu sebagai contoh terbaru krisis dalam pendidikan tinggi negara yang sebelum ini menimpa pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Edmund Terence Gomez.
Katanya, beliau akan menemui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Mohd Salleh berhubung perkara tersebut.
Lim berkata, beliau juga sedang menimbang untuk mengadakan siri perjumpaan awam bagi menyedarkan pihak berkuasa mengenai harapan awam terhadap standard pengajian tinggi di negara ini.

"Jelas sekali saya telah menjadi mangsa dan didiskriminasikan kerana banyak bercakap dan kritikal mengenai banyak isu," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Petaling Jaya hari ini.
Pensyarah kanan kajian sains politik itu, menerima surat daripada pihak pentadbiran universiti tersebut Selasa lalu, memaklumkan bahawa kontrak perkhidmatannya tidak akan disambung.
Antara lain, surat itu menyebut, pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai profesor dengan sebulan notis dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 2005. Surat itu ditandatangani oleh Pendaftar Jabatan Sumber Manusia, Taip Abu.
Bagaimanapun, surat tiga muka itu tidak menyatakan sebarang alasan mengapa keputusan itu dibuat.
Kenyataan kontroversi
Beliau percaya ia ada kaitannya dengan tulisan dan ceramahnya mengenai isu-isu sosial dan politik, seperti kekurangan ruang demokrasi, nasib masyarakat India, eksploitasi pekerja dan yang terbaru mengenai tindakan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menarik balik pengiktirafan terhadap Universiti Crimea Medical State (UCMS).
Prof Ramasamy yang bersara pada 10 Mei lalu mendakwa, kecemerlangan akademik tidak lagi dinilai melalui pengajaran dan sumbangan intelektual, tetapi berdasarkan kepada hubungan persahabatan para pensyarah dengan pihak pentadbiran untuk mendapat kenaikan pangkat dan sambungan kontrak.
Beliau bersara pada 10 Mei lalu dan berikutan itu, perkhidmatannya disambung semula secara secara kontrak bulanan untuk tempoh dua tahun sehingga 9 Mei 2007.
Ketika dihubungi, seorang pegawai di fakulti sains sosial dan kemanusiaan UKM mengesahkan yang beliau telah menerima salinan surat penamatan perkhidmatan Prof Ramasamy. Walaupun tidak pasti sebabnya, pegawai berkenaan berkata adalah menjadi amalan biasa bagi pihak universiti dan pihak pensyarah memberi sebulan notis bagi mereka yang berkhidmat secara kontrak, tanpa menyatakan sebab-sebabnya.
Naib Canselor UKM, Datuk Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin tidak dapat dihubungi mengenai perkara tersebut.
Soal maruah
Sementara itu, Prof Ramasamy berkata, untuk melayakkan perkhidmatan disambung, para pensyarah diwajibkan menerbit dan membentangkan sebuah buku tulisannya.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, terdapat pensyarah di UKM yang tidak berbuat demikian, tetapi diberi setahun lanjutan perkhidmatan.
"Terdapat kes-kes di universiti ini di mana yang bukan profesor pun diberi dua tahun lanjutan perkhidmatan. Jadi pada asasnya, ianya adalah mengenai sama ada anda suka orang berkenaan atau tidak, sama ada dia ahli Umno atau sama ada dia bermain golf dengan anda. Inilah kriterianya," katanya.
Ramasamy, yang berkhidmat sebagai pensyarah selama 24 tahun di universiti tersebut, berkata beliau diberi amaran oleh pihak pentadbiran kerana menulis dan menerbitkan tulisan yang kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan.
Beliau enggan membuat rayuan tetapi sebaliknya menuntut pihak universiti itu mengambilnya berkhidmat semula untuk kontrak dua tahun, selaras dengan syarat-syarat berhubung perkhidmatan semula kakitangan yang bersara.
"Saya tidak akan membuat rayuan. Bagi saya, ini soal maruah. Mengapa saya perlu merayu," katanya ketika menjawab soalan wartawan.
Ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang, Prof Ramasamy berkata, beliau belum memutuskannya lagi.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang hadir di sidang akhbar itu, menyifatkan tindakan UKM itu sebagai contoh terbaru krisis dalam pendidikan tinggi negara yang sebelum ini menimpa pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Edmund Terence Gomez. Katanya, beliau akan menemui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Mohd Salleh berhubung perkara tersebut.

View Comments0