Kit Siang mahu sindrom berahsia dihapuskan
Terjemahan Kabinet perlu mengarahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rafidah Aziz supaya mendedahkan senarai penuh pemberian AP kereta sepanjang tempoh 18 tahun lalu, kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.
Terjemahan Kabinet perlu mengarahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rafidah Aziz supaya mendedahkan senarai penuh pemberian AP kereta sepanjang tempoh 18 tahun lalu, kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, langkah tersebut akan mencerminkan keseriusan dan komitmen kabinet terhadap akauntability dan ketelusan.
"Biarlah ini menjadi 'buah' pertama daripada keazaman politik kerajaan dalam aspek ketelusan dan pentadbirannya, hasil daripada perhimpunan agung Umno ke-56," katanya, sambil menegaskan bahawa Rafidah telah gagal memberi penjelasan penuh dan memuaskan mengenai skandal tersebut.
"Beliau bersikap tidak bertanggungjawab apabila mengelak kontroversi AP, Proton dan industri kereta negara (dengan) melepaskan tanggungjawab itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang tidak 'termakan' umpan tersebut," katanya.
Katanya, Rafidah tetap mengatakan tiada kesalahan dilakukan dalam isu tersebut, walaupun ia bercanggah dengan pandangan Abdullah dalam wawancaranya dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu, di mana beliau juga berikrar untuk bertindak terhadap sebarang penyalahgunaan AP.
Lim berkata, Rafidah jua gagal dalam ujian akauntabiliti dan ketelusan kerana tidak mendedahkan senarai penuh AP yang dikeluarkan sejak tahun 1987.
Katanya, seoran daripada empat 'Raja AP' itu, Datuk Azzuddin Ahmad telah menafikan beliau memegang sebarang AP.
"Bagaimanapun nama Azzuddin boleh wujud dalam rekod Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sejak empat tahun lalu? Sikap membisu Rafidah terhadap penafian Azzuddin itu bukanlah satu contoh yang baik mengenai akauntabiliti dan ketelusannya," katanya.
Dalam senarai AP yang diumumkan minggu lalu, Azzuddin, Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim and Datuk Mohd Haniff Abdul Aziz dikatakan memegang 42.1 peratus atau 28,283 daripada 67,158 AP yang dikeluarkan tahun ini.
'Jalan siasatan terperinci'
Lim berkata, rakyat berhak untuk mengetahui banyak manakalah 'AP terbuka' telah diberikan kepada Naza Konsortium Sdn Bhd sejak tahun 1988 dan jumlah 'AP francais' yang dikeluarkan sejak 1997. 
Beliau juga mempersoalkan mengapa sejumlah besar syarikat, telah diberikan 'AP terbuka' pada tahun 1987 dan 1988, berbanding kepada syarikat lain dalam tempoh 17 tahun lalu, sejak tahun 1970.
"Tambalan pula, bagaimana sebuah syarikat diberi 'AP terbuka' pada tahun 1989 sedangkan Rafidah berkata, pemberiannya telah dibekukan pada tahun 1988?"
Lim juga menggesa kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa terpilih Parlimen bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menyiasat secara mendalam isu AP tersebut.
Katanya, skop siasatan jawatankuasa tersebut tidak terhadap kepada isu AP sahaja, tetapi perlu meneliti keseluruhan persoalan mengenai dasar automatif negara.
"Ia patut memanggil bukan sahaja Ketua Pegawai Eksekutif Proton, tetapi jaga penjawat sebelumnya, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan individu lain dalam industri automatif untuk memberi keterangan," katanya.
Menurutnya, jawatankuasa tersebut perlu diwujudkan memandangkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) tidak bersedia untuk menjalankan siasatan penuh terhadap isu tersebut.

