Rafidah tetap pertahan dasar, cara pemberian AP
Published: Jul 23, 2005 8:40 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz terus mempertahankan dasar dan cara pemberian permit import (AP) yang menurutnya berjaya melahirkan ramai usahawan Bumiputera dalam sektor industri automotif.

Tanpa langsung menyentuh isu lain, Ketua Wanita Umno itu menggunakan sepenuh waktu penggulungan di Perhimpunan Agung Umno bagi menangkis tuduhan bahawa pemberian AP hanya menguntungkan sebilangan kecil pengusaha Bumiputera dan menjejaskan projek kereta nasional.
Baru-baru ini, kerajaan mengeluarkan senarai pemegang AP, yang memaparkan tiga penerima utama Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin, Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Mohamed Haniff Abdul Aziz mendapat lebih 28,000 permit daripada lebih 67,000 permit untuk tahun ini.
Ucapan Rafidah yang sememangnya dinanti-nantikan perwakilan, bagaimanapun terganggu beberapa kali oleh pekikan sebahagian daripada mereka yang tidak berpuashati dengan beberapa huraian mengenai kedudukan beliau serta kementeriannya dalam proses pengagihan AP.
Sambil meminta perwakilan memberinya peluang membuat penjelasan, Rafidah berharap mereka menerimanya dengan hati yang terbuka, sepertimana kesediaan beliau menerima dan menghargai kritikan terhadapnya dengan hati yang terbuka.
Beliau meminta para perwakilan memahami tindakan kerajaan yang pada dasarnya ingin melahirkan syarikat Melayu berjaya.
"Kalau ada anak-anak muda syarikat Melayu yang berjaya, maka kita sanjung kejayaan mereka, kita nak Melayu terulung dan bertaraf glokal," katanya.
'Lihat secara positif'
Rafidah cuba menarik perhatian perwakilan dengan mengambil contoh kejayaan syarikat-syarikat Bumiputera memecah monopoli syarikat bukan Bumiputera dalam pengedaran dua jenama kereta terkenal Suzuki dan Honda.
Katanya, kerajaan berbangga dengan perkembangan ini dan meminta orang Melayu melihat situasi itu pada sudut positif.
Menurut laporan Bernama, isu AP ditimbulkan oleh kebanyakan perwakilan, yang rata-rata mahu pengagihan AP dilakukan dengan lebih adil, dan mempersoalkan mengapa hanya syarikat tertentu mendapat keistimewaan itu.
Katanya, pihak kementerian tiada masalah memperuntukkan AP kepada ahli Umno seperti saranan Pemuda Umno, dengan syarat mereka menubuhkan syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus ekuiti Bumiputera, mendapatkan perjanjian pengimport tunggal dari syarikat automotif di luar negara untuk jenama tertentu dan mengimport terus kereta daripada prinsipal (syarikat jenama utama kereta).
Katanya, kerajaan memang berhasrat menambah jumlah pemegang AP kerana merasakan jumlah 36 syarikat francais yang menjadi pengimport tunggal 44 jenama setakat ini, adalah terlalu kecil.
"Saya nak tengok lebih lagi...lebih banyak jenama Perancis, Itali malah Amerika sekalipun boleh dibawa masuk," katanya.
Walaupun sekali-sekala kedengaran sorakan bantahan, Rafidah kelihatan mampu mengawal suasana dan meneruskan penjelasan beliau sambil dibantu Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail yang cuba menenangkan keadaan agak "panas" di dalam Dewan Merdeka, PWTC itu.
"Tak apa...saya dah sangka semua ini, saya dah diberi warning (ingatan) oleh kawan-kawan, tak apa, ini setahun sekali datang meluahkan perasaan tak ada masalah...tak apa...puaskanlah hati". Itulah antara respons Rafidah kepada suara bising sebahagian daripada perwakilan.
Sumpah jawatan menteri
Merujuk kepada beberapa tuduhan dan persoalan mengenai kaitan beliau dengan syarikat AP francais di negara ini, Rafidah berkata beliau berasa amat teraniaya dengan kemelut AP itu.
Rafidah turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau mempunyai kaitan dengan syarikat Naza Motor Group dan pengarah urusannya Nasimuddin yang kononnya menantu beliau.
"Ada yang mengatakan Nasimuddin menantu saya dan syarikat Naza saya punya. Ada juga yang menuduh Nasimuddin itu anak saya dengan kononnya suami pertama. Saya 62 tahun dan Nasimuddin 51 tahun. Maknanya saya lahirkan anak ketika berumur 10 tahun. Ini gila namanya," katanya yang turut menafikan mempunyai kaitan dengan mana-mana pemegang AP yang lain.
Rafidah mengingatkan bahawa beliau memegang kuat pada sumpah jawatannya sebagai menteri dan di dalam Umno.
"Sumpah sewaktu pegang jawatan tak boleh kita sia-siakan. Sumpah kita kalau buat kerja sebagai menteri saya berperasaan mesti pegang kuat pada sumpah pegang jawatan ini...buruk padahnya kalau kita ikut suka hati menyelewengkan dasar," katanya.
Sungguhpun didesak dengan laungan dari para perwakilan yang mahukan penjelasan mengenai isu Proton, namun Rafidah mengelak dengan berkata Proton tidak diletakkan di bawah kementeriannya, tetapi sebaliknya diuruskan oleh Khazanah Nasional yang berada di bawah kuasa Perdana Menteri.
"Mungkin presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) akan beri penjelasan.. saya tak ada," katanya.
Namun katanya jika Perusahaan Otomobil Kedua negara, Perodua, tidak menghadapi masalah dengan keluaran Myvi, beliau yakin kereta Proton juga mampu mendapat sambutan di pasaran melalui penjagaan kualiti dan promosi yang betul.
Batalkan peruntukan AP
Jelasnya, kerajaaan memperkenalkan dasar pengeluaran AP Terbuka pada 1970 untuk menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam bidang automotif. Bagaimanapun, beliau membuat kajian semula dasar berkenaan setelah mengambil alih kementerian itu selepas ada rungutan mengenai penyelewengan.
Dalam tahun 1988, katanya, peruntukan AP kepada 153 syarikat dibatalkan disebabkan faktor seperti syarikat telah tidak beroperasi, tidak ada ruang pameran, pengurusan akaun tidak teratur, dan AP dijual kepada bukan Bumiputera.
Hasil tindakan itu, hanya 76 syarikat yang masih menerima AP secara terbuka sehingga kini, termasuk syarikat yang telah menubuhkan lapan konsortium antara mereka.
Rafidah berkata, pembekuan AP dilakukan selama sembilan tahun sejak 1988 sehingga kerajaan memperkenalkan dasar AP francais pada 1997 bagi membuka pasaran, selaras dengan tuntutan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Menjelaskan satu persatu, beliau berkata, pada tahun 1997, sebanyak 10 syarikat dilantik sebagai pengimport tunggal untuk 16 jenama dan pada tahun 1998 hingga 2000, tiada satupun syarikat dilantik pengimport tunggal ekoran kegawatan ekonomi.
Pada tahun 2001, dua syarikat menerima AP dengan tiga jenama, 2002 (tiga syarikat dengan tiga jenama), 2003 (lima syarikat dengan lima jenama), 2004 (11 syarikat dengan 12 jenama) dan 2005 (lima syarikat dengan lima jenama).
"Syarikat-syarikat ini begitu berinisiatif untuk mendapatkan taraf status pengimport tunggal untuk pelbagai jenama daripada prinsipal mereka atas usaha sendiri," katanya.
Antaranya ialah Kia, Rolls Royce, Ferrari, Maserati, Bentley, Mercedes Benz, Mazda dan Brabus oleh Nasimuddin; BMW dan Mini oleh Cartrade; Porsche oleh Jaseri Automotive; MG Rover oleh Brooklands Motor; Mitsubishi dan Mahindra oleh USF-Hicom serta Honda, Ford, Chevrolet, Smart, Suzuki dan Audi oleh syarikat milik Syed Azman dan rakan-rakan.
Layak dikeluar AP
"Mereka ini hanya diberi AP selepas menandatangani perjanjian dengan pengeluar/prinsipal luar negara, dan melantik pengedar-pengedar dan telah pula membuat pelaburan untuk ruang pameran.
"Jadi, kalau pengusaha Bumiputera seperti Nasimuddin atau Syed Azman dan rakan-rakan telah berjaya dilantik pengimport tunggal oleh lima, enam atau lapan pengeluar kereta, maka bagi setiap dari syarikat mereka secara berasingan, layak dikeluarkan AP untuk satu-satu jenama tertentu mengikut tiap-tiap perjanjian dan bergantung kepada bilangan pengedar mereka," katanya.
Kerajaan juga, katanya, mempunyai formula dalam menentukan bilangan AP yang diluluskan untuk tahun-tahun berikutnya bergantung kepada prestasi.
"Walaupun kita luluskan 100 unit, tetapi jika mereka berjaya mengimport 50 unit sahaja, tahun depan kami akan beri 50 sahaja, yang 50 lagi kami simpan," katanya.
Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan tiga rangkap pantun:
Dasar AP dah dihuraikan
Tidak ada apa yang hendak disembunyikan
Melayu berjaya kita banggakan
Bukti bangsa mampu berkebolehan
Syarikat francais mengimport kereta
Jenama ternama antarabangsa
Jangan curiga sesama kita
Menabur fitnah membuat dosa
Kereta dijual di rumah kedai
Pengedar dilantik di seluruh negara
Agenda Melayu belum selesai
Bersamalah kita menjayakannya.
Tidak puashati
Sementara itu, penjelasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menerima pelbagai reaksi daripada para perwakilan.
Majoriti berpendapat penjelasan Rafidah masih tidak mencukupi terutama mengenai langkah memastikan kereta nasional Proton dapat terus bersaing di peringkat antarabangsa.
Wakil Jasin Datuk Mohamed Said Yusuf yang mula membangkitkan isu itu pada perbahasan Khamis lepas berkata Rafidah sepatutnya menjelaskan kenapa AP diberi terlalu banyak kepada individu tertentu sehingga menjejaskan kereta buatan nasional.
"Saya memang tidak berpuashati dengan penjelasan Rafidah itu kerana umum mengetahui persaingan AP ini sebenarnya sudah menjadi tidak sihat," katanya ketika ditemui selepas itu.
Wakil Umno dari Seremban Mohamed Noor Awang turut tidak berpuashati dengan penjelasan itu dan baginya pemberian AP yang banyak akan merosakkan industri kereta tempatan yang gagal bersaing dengan kereta import.
Bagaimanapun bagi perwakilan Kubang Kerian Datuk Muhammad Ghani yang juga tokoh terkenal dalam bidang perniagaan kenderaan, penjelasan menteri kanan itu sudah memadai.
Reaksi Shahrir
Beliau meminta masyarakat tidak memanjangkan isu AP itu kerana ia tidak membantu sebaliknya memburukkan lagi keadaan serta boleh mencemarkan nama baik parti.
"Sebenarnya AP ini sihat untuk bersaing dan ramai yang memperolehinya adalah orang Melayu dan kita patut bangga," katanya.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau menerima penjelasan Rafidah walaupun ia berbentuk teknikal.
"BBC tidak lihat isu pemberian AP yang hangat dibahaskan penting kerana ia sebahagian daripada dasar dan strategi automotif negara," katanya.
Pemberian AP adalah sebahagian usaha melahirkan usahawan Melayu untuk melibatkan diri dalam bidang automotif dan sebarang perubahan dasar pasti memberi kesan lebih-lebih lagi dengan perkembangan industri automotif China, katanya.
Tanpa langsung menyentuh isu lain, Ketua Wanita Umno itu menggunakan sepenuh waktu penggulungan di Perhimpunan Agung Umno bagi menangkis tuduhan bahawa pemberian AP hanya menguntungkan sebilangan kecil pengusaha Bumiputera dan menjejaskan projek kereta nasional.
Baru-baru ini, kerajaan mengeluarkan senarai pemegang AP, yang memaparkan tiga penerima utama Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin, Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Mohamed Haniff Abdul Aziz mendapat lebih 28,000 permit daripada lebih 67,000 permit untuk tahun ini. Ucapan Rafidah yang sememangnya dinanti-nantikan perwakilan, bagaimanapun terganggu beberapa kali oleh pekikan sebahagian daripada mereka yang tidak berpuashati dengan beberapa huraian mengenai kedudukan beliau serta kementeriannya dalam proses pengagihan AP.

View Comments0