Datuk Azzuddin: Saya bukan 'Raja AP'
Published: Jul 21, 2005 1:38 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Datuk Azzuddin Ahmad yang didakwa oleh akhbar sebagai salah seorang daripada empat "Raja AP" susulan pendedahan nama mereka yang telah diberikan Permit Kelulusan (AP) untuk mengimport kereta, menjelaskan hari ini bahawa beliau tidak memiliki walaupun satu AP.

Azzuddin, bekas pengarah Risikan Tentera berpangkat Leftenan Jeneral di Kementerian Pertahanan berkata, beliau juga tidak memegang sebarang saham dalam Weststar Motorsports Sdn Bhd, salah sebuah daripada beberapa buah syarikat di bawah Weststar Holdings Sdn Bhd yang telah diberi sehingga 15,759 AP bagi tahun ini.
Beliau disenaraikan sebagai salah seorang daripada tiga orang pemegang saham Weststar Motorsport, bersama-sama dengan Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Mohd Haniff Abdul Aziz semasa senarai nama itu diumumkan oleh kerajaan Isnin lalu, di tengah-tengah kontroversi yang berkisar sekitar pengeluaran AP.
Syed Azman yang juga bekas seorang pegawai risikan tentera telah menjelaskan pada hari Selasa bahawa beliau memegang 80 peratus saham Weststar dan baki 20 peratus lagi dipegang oleh Mohd Haniff.
"Saya hanya ingin menjelaskan bahawa sejak dilakukan pendedahan senarai penerima AP itu, pihak akhbar terus menerus melaporkan bahawa saya adalah salah seorang daripada Raja AP. Bukan saya," kata Azzuddin kepada Bernama.
Raja AP lain yang dikatakan oleh akhbar ialah Tan Sri Nasimuddin SM Amin, pengarah urusan Kumpulan Naza yang telah mendapat 12,524 AP dalam tahun ini.
Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Syed Azman, Mohd Haniff dan Nasimuddin dicatatkan memiliki lebih 28,000 daripada 67,158 AP yang yang dikeluarkan dalam tahun ini.
Bagaimanapun, Azzudin berkata, beliau adalah pengerusi eksekutif Weststar Collingdale Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Weststar Holdings di mana perniagaannya merupakan perdagangan am.
Azzuddin, bekas pengarah Risikan Tentera berpangkat Leftenan Jeneral di Kementerian Pertahanan berkata, beliau juga tidak memegang sebarang saham dalam Weststar Motorsports Sdn Bhd, salah sebuah daripada beberapa buah syarikat di bawah Weststar Holdings Sdn Bhd yang telah diberi sehingga 15,759 AP bagi tahun ini. Beliau disenaraikan sebagai salah seorang daripada tiga orang pemegang saham Weststar Motorsport, bersama-sama dengan Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Mohd Haniff Abdul Aziz semasa senarai nama itu diumumkan oleh kerajaan Isnin lalu, di tengah-tengah kontroversi yang berkisar sekitar pengeluaran AP.

View Comments0