Kes Petrof ditutup, tiada tindakan terhadap Malaysiakini
Terjemahan Polis telah menutup secara rasmi siasatannya selama dua setengah tahun terhadap malaysiakini berhubung sepucuk surat pembaca yang disiarkan dalam lamanweb tersebut yang didakwa mempunyai unsur-unsur hasutan.
Terjemahan Polis telah menutup secara rasmi siasatannya selama dua setengah tahun terhadap malaysiakini berhubung sepucuk surat pembaca yang disiarkan dalam lamanweb tersebut yang didakwa mempunyai unsur-unsur hasutan.
Surat tersebut dalam bahasa Inggeris bertajuk 'Similari
ties between 'new Americans' and bumiputera', yang ditulis oleh seorang pembaca malaysiakini yang menggunakan nama samaran Petrof, disiasat di bawah Akta Hasutan.
"Bagaimanapun, setelah siasatan selesai dijalankan, pejabat (polis) ini tidak bercadang untuk menuduh mana-mana pihak dan siasatan kes ditutup," kata pegawai penyiasat kes tersebut, ASP ASP Alzafny Ahmad dalam suratnya kepada malaysiakini bertarikh semalam.
Alzafny, dari balai polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, telah memulangkan baki dua buah komputer yang dirampas oleh pihak polis sebelum ini untuk membantu siasatan kes tersebut.
Komputer berkenaan telah diserahkan pagi ini kepada Ketua Pengarang malaysiakini, Steven Gan selepas kedua pihak menandatangani dokumen pemulangannya.
Tiada sebab diberikan 
Menurut Alzafny (foto), beliau telah diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara untuk menutup kes tersebut dan memulangkan baki komputer berkenaan kepada malaysiakini.
"Tiada sebab diberikan," katanya.
Namun begitu, dalam surat Alzafny kepada malaysiakini, pihak polis menasihatkan lamanweb tersebut supaya lebih berhati-hati pada masa depan.
"Anda mestilah peka terhadap isu-isu yang disiarkan agar ianya tidak berbau perkauman serta boleh menjejaskan keamanan negara," katanya.
Pada 20 Januari 2003, sepasukan 10 pegawai polis telah menyerbu pejabat malaysiakini di Bangsar Utama dan merampas 19 komuter berikutan laporan polis yang oleh Pemuda Umno.
Pemuda Umno mendakwa surat yang disiarkan pada 9 Januari 2003 itu berbau hasutan dan didakwanya boleh mengakibatkan ketegangan kaum. Surat itu telah menyamakan pergerkan itu dengan kumpulan Klu Klux Klan di Amerika Syarikat dan didakwa mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia.
Siapakah Petrof?
Polis mahu mengetahui identiti Petrof agar tindakan boleh diambil terhadap penulis surat tersebut.
Bagaimanapun, malaysiakini enggan mendedahkan alamat emel Petrof, mengakibatkan pihak polis bertindak merampas komputer di pejabat lamanweb tersebut.
Tujuh belas komputer dipulang dalam minggu-minggu berikutnya tetapi dua server disimpan oleh pihak polis.
Malaysiakini enggan mendedahkan identiti Petrof kerana jaminannya kepada pembacanya bahawa lamanweb tersebut akan melindungi mereka jika mereka mahu identiti mereka didedahkan.
Jaminan tersebut bertujuan untuk menggalakkan perbahasan secara terbuka di kalangan rakyat Malaysia tanpa sebarang rasa takut dan bimbang.
Gan menyambut baik keputusan pihak polis untuk menutup siasatan kes Petrof. 
"Kami percaya surat tersebut tidak mengandungi unsur-unsur hasutan. Pastinya pihak polis gagal untuk mencari sebarang bukti untuk mendakwa kami di mahkamah, walaupun kami bersedia membela diri di mahkamah,"katanya.
Serbuan polis itu telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa dengan pertubuhan-pertubuhan wartawan mengutuk tindakan tersebut sebagai menyekat kebebasan akhbar.
Siasatan gurauan April Fool
Sementara itu, kerajaan telah menyatakan minggu lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih menyiasat berhubung laporan gurauan April Fool di malaysiakini.
Malaysiakini telah menyiarkan gurauan April Fool yang mendakwa tiga orang menteri dan seorang menteri besar akan didakwa atas kesalahan rasuah. Laporan kedua disiarkan pada masa yang sama, mendedahkan bahawa ia adalah satu gurauan April Fool.

