JPJ nafi menaikkan denda, kompaun
Diterbitkan: Mar 1, 2017 10:29 PM | Dikemas kini: Mar 1, 2017 10:32 PM
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan tular mengenai denda baru berkaitan penguatkuasaan trafik yang didakwa bermula semalam.
etua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi Bernama berkata mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas itu adalah tidak benar.
Baru-baru ini, tular di laman sosial dan WhatsApp kononnya JPJ menaikkan kadar denda dan kompaun yang lebih berat terhadap beberapa kesalahan lalu lintas bermula 1 Mac ini.
Antara kesalahan yang didakwa dinaikkan denda ialah kesalahan meriba kanak-kanak ketika memandu, memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon ketika memandu, merokok ketika memandu, dan tidak memakai tali pinggang keledar.
- Bernama

