Karpal Singh mula hadiri sidang Parlimen hari ini
Published: Jun 27, 2005 10:08 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Selepas 10 bulan tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat Sejak September tahun lalu kerana digantung dan kecederaan dalam kemalangan jalanraya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menjadi tumpuan apabila beliau muncul untuk menghadiri sidang dewan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP tiba dengan menaiki kerusi roda kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, diiringi oleh isterinya Gurmit Kaur dan dua anaknya.
Ketibaan beliau disambut Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan beberapa ahli Parlimen pembangkang lain, dan menjadi tumpuan para jurugambar.
Beliau memasuki dewan persidangan tengah hari tadi dan duduk di barisan belakang, bersebelahan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan.
Karpal Singh digantung selama enam bulan sejak September tahun lalu selepas didapati mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu angkat sumpah ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau kemudiannya terbabit dalam satu kemalangan jalanraya di Pulau Pinang pada 29 Jan lalu.
Semalam Karpal Singh memaklumkan akan menghadiri sidang Parlimen hari ini dan meminta dewan membuat persediaan bagi membolehkannya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat, seperti menyediakan lantai khas untuk kerusi rodanya dan kebenaran berbahas dari kerusi roda tanpa perlu bangun berdiri.
Belum pulih sepenuhnya
Bercakap dalam satu sidang akhbar Karpal Singh mengucapkan terima kasih kepada Speaker Tan Sri Ramli Ngah Talib kerana membuat persediaan bagi membolehkannya menghadiri sidang hari ini.
Ditanya mengenai kehadiran ke Parlimen kerana kecederaannya belum pulih sepenuhnya, Karpal Singh berkata: "Saya akan datang sekerap mungkin."
Katanya, beliau juga akan mencadangkan di parlimen agar kerajaan menggubal rang undang-undang yang mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang kereta di bahagian belakang. Karpal Singh dilaporkan duduk di tempat duduk belakang kereta semasa kemalangan berlaku.
Dalam perkembangan lain, Datuk S. Sothinathan hadir di Parlimen hari ini, buat pertama kali selepas digantung tiga bulan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 22 Jun kerana mengkritik dasar kerajaan semasa perbahasan penarikan semula pengiktirafan Universiti Perubatan Crimea State di Dewan Rakyat.
Beliau duduk bersama penyokong kerajaan di barisan belakang, bersebelahan Datuk Abdul Wahab Dolah (BN-Kuala Rajab).
Ditanya pemberita mengenai perasaannya selepas digantung, Sothinathan berkata: "Okay...hidup ini mesti diteruskan".
Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya status gajinya sebagai Timbalan Menteri dan hanya berkata ia terpulang kepada Ketua Setiausaha Negara.
Selepas 10 bulan tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat Sejak September tahun lalu kerana digantung dan kecederaan dalam kemalangan jalanraya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menjadi tumpuan apabila beliau muncul untuk menghadiri sidang dewan hari ini. Beliau yang juga Pengerusi DAP tiba dengan menaiki kerusi roda kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, diiringi oleh isterinya Gurmit Kaur dan dua anaknya.

View Comments0