Isa jadi mangsa konspirasi politik?
Published: Jun 25, 2005 5:56 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Tindakan mengantung jawatan dan keahlian Naib Presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Samad selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin parti itu semalam, boleh mengundang andaian bahawa wujud konspirasi politik terhadap Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Ketua Pemuda Umno bahagian Jempol, Salim Shariff, berkata keputusan bahawa Isa bersalah melanggar tataetika parti semasa pemilihan Umno tahun lalu, mengejutkan kerana ia dibuat sehari selepas Isa dipanggil untuk siasatan oleh lembaga tersebut.
Katanya, baru kelmarin Isa dipanggil, semalam lembaga disiplin sudah membuat keputusan menggantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun.
"Ini bukan bicara ketua cawangan tetapi orang nombor tiga dalam parti, takkan dalam masa dua hari sudah selesai," katanya dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.
"Ini pun jelas timbul tandatanya seolah-olah sudah ada keputusan, baru panggil untuk lengkapkan syarat," tegas Salim,yang juga Setiausaha Politik Isa, yang turut digantung keahliannya selama tiga tahun kerana menjadi ejen kempen Isa.
Isa terkejut
Salim berkata, sebaik mengetahuinya, Tan Sri Isa sendiri memang terkejut dengan hukuman tersebut.
"Baru semalam beliau dipanggil, hari ini terus keluar keputusan dan kemudiannya pertubuhan berkenaan sangat longgar yang bersandarkan kepada bukti di pihak lembaga (disiplin) semata-mata," tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, beliau dan Isa akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman oleh Lembaga Disiplin itu.
Isa Samad telah digantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun selepas Lembaga Disiplin Umno mendapatinya melanggar tataetika pemilihan parti itu tahun lalu.
Isa, 56, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, merupakan pemimpin tertinggi Umno yang dihadapkan ke lembaga disiplin dan didapati bersalah terhadap tuduhan membeli undi.
Beliau didapati bersalah terhadap tiga tuduhan membeli undi bagi merebut salah satu tiga jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu September lalu.
Beliau juga didapati bersalah atas dua lagi tuduhan melanggar etika pemilihan parti kerana menganjurkan perjumpaan dengan para perwakilan untuk tujuan berkempen.
Dalam pemilihan tersebut, Isa memperolehi undi tertinggi 1,507 diikuti Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).
Ketua Pemuda Umno bahagian Jempol, Salim Shariff, berkata keputusan bahawa Isa bersalah melanggar tataetika parti semasa pemilihan Umno tahun lalu, mengejutkan kerana ia dibuat sehari selepas Isa dipanggil untuk siasatan oleh lembaga tersebut.
Katanya, baru kelmarin Isa dipanggil, semalam lembaga disiplin sudah membuat keputusan menggantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun. "Ini bukan bicara ketua cawangan tetapi orang nombor tiga dalam parti, takkan dalam masa dua hari sudah selesai," katanya dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

View Comments0